Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita
mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif,
yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa
Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang
Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak
menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang
dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains
mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang
berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar
dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas
positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali
tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor
didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam
tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika
menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-
aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu
lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4
rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah
tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4
rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur
awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk
kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap
dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat
untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama
Islam.
sememangnya Islam itu agama yang syumul dan sempurna...ketinggian Islam memang x dpt dinafikan dari dulu hingga sampai bila2 pun...semoga dengan perkongsian hasil2 kajian berbentuk akademik dan saintifik ini dapat menguatkan lagi iman kita terhadap sang pencipta...
kadang2 nak suruh orang wat amal ibadat @ perkara sunat kena tunggu dulu pengeshan kajian saintifik baru la terasa nak buat....
kalau takde kajian n whatsoever bukan nak pandang pun amalan2 agama...
pandangan sahaja..kalau ada khilaf tolong betulkan