puterakuda

ALBUM NASYEED UNDERGROUND, KINI DI PASARAN !

Harga Pasaran : RM 25.90 atau dapatkannya melalui pengedar-pengedar kami yang sah dengan harga yang lebih rendah

Sesiapa yang berminat, boleh bagitau saya di talian 0177465935...
saya akan dapatkan stok dari pengedar sara..

" nasyid yang dipersembahkan dapat dirasai kesungguhan mereka dalam setiap penyampaian mereka. Malah pendengar juga turut sama dapat merasai dan berkongsi perasaan pada setiap bait-bait nasyid yang disampaikan"
puterakuda
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca,
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
puterakuda




PRESIDEN

HANIFA BIN MUHAMMAD

TIMBALAN PRESIDEN 1 (PENGURUSAN & DISIPLIN)
MUHAMMAD HUSNI FAIZ BIN KHAMARUDIN

TIMBALAN PRESIDEN 2 (HAL EHWAL DALAM & SUMBER MANUSIA)
IRA SUZIRA BINTI ISMAIL

TIMBALAN PRESIDEN 3 (MY RAKAN & FASILITATOR)
ILHAMI BIN ABDUL MALIK

SETIAUSAHA AGONG
AZZA DIANTY BINTI IBRAHIM

BENDAHARI KEHORMAT
ANIS ANIZAN BINTI RAZALI

EXCO PROGRAM & AKTIVITI
MOHD ASYRAF BIN ABU OTHMAN

TIMBALAN EXCO PROGRAM & AKTIVITI
HARIZAH BINTI HARIS

EXCO LATIHAN & KEPIMPINAN
MOHAMMAD MAHLIL BIN MD SALEH

TIMBALAN EXCO LATIHAN & KEPIMPINAN
NUR AYU ASHYIKIN BINTI AB. KADIR

EXCO PERHUBUNGAN & KORPORAT
AMZAR BIN ZAMRI

TIMBALAN EXCO PERHUBUNGAN & KORPORAT
ANA KHAMSAH BINTI ABDUL RASHID

EXCO PENERBITAN, MULTIMEDIA & PROMOSI
NOORDIANA BINTI IBRAHIM

TIMBALAN EXCO PENERBITAN, MULTIMEDIA & PROMOSI
MOHD FAUZIE BIN A.GANI

EXCO KAUNSELING & KERJAYA
MOHAMAD FIRDAUS BIN MOKHTAR

TIMBALAN EXCO KAUNSELING & KERJAYA
MUHAMAD AZRI BIN MEJAN

EXCO KEBAJIKAN & AKADEMIK
NORIZZATI SHAFINAZ BINTI SABRI

TIMBALAN EXCO KEBAJIKAN & AKADEMIK
MOHD HAIROL AZREE BIN MD.HILMAY

EXCO KEUSAHAWANAN
ZULHAFIY BIN ZOLKIPLI

TIMBALAN EXCO KEUSAHAWANAN 1
AL-HAM ADLI BIN ZAINAL KASSIM

TIMBALAN EXCO KEUSAHAWANAN 2
NUR IZZATUL FAREHA BINTI ROSELAN

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS & REKREASI
AMEER FIRDAUS BIN ABD SUHAIMI

TIMBALAN EXCO TUGAS-TUGAS KHAS & REKREASI
NURUL NADIA BINTI MOHD JAFFAR
puterakuda



Shah Rukh Khan

MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.

Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam "untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan."


Bagaimanapun, tuntutan profesionalnya menjadikannya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh itu.


Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang. � Agensi (berita harian 25 ogos 2009)


CUBA RENUNGKAN :

Aktor terkenal tidak puasa??? apa pandangan anda??? berdiam diri???

adakah islam memberi rukhsah puasa kepada artis yang mengejar duniawi?? sesuka hati untuk tidak berpuasa sepanjang hari bekerja?? umat islam semakin leka~

kenapa tidak saje diboikot filem2 yang ade hero ni??xpuasa tetapi menjadi idola umat islam??

adakah ini contoh yang diagungkan dan layak mendapat anugerah DATO dari sebuah negeri islam?? rasanya mcm xmunasabah alasannya apabila sakit belakang untuk tidak berpuasa..

adakah dy akan mati klu berpuasa??xkan xleh tahan sikit kot kan?? kat filem punya la hebat..smpai nk mati leh bngun ag..ujian tuhan yg senng pun xleh nk tunaikan...

kesalahan model sambilan disebat sebab minum arak....umat islam xnk hukum ke orang yang xpuasa?? klu 3 or 4 hari xpuasa sakit leh la trima ag..ni 3 or 4 ari je puasa..gler!..

ingatlah...jdkan la pedoman...jangan la ikon seperti ini di agungkan dimedia..habis anak muda kalau terpengaruh..tugas KALIAN WAHAI PEMIMPIN NEGARA ISLAM!

p/s - mintak pandangan n komen korang semua..thanx..


puterakuda
Tidak semua orang yang kita sayang akan sentiasa bersama dengan kita...
Dahulunya segalanya adalah kita...namun dengan 'impurities' yang sikit mampu menyebabkan ianya tamat..

Disaat kita gembira dahulunya....ketawa bersama...berjanji bersama....saat yang paling indah..
Namun dengan sekelip mata...apabila keinginan DIPENTINGKAN dari MEMIKIR MASA DEPAN, semuanya MUSNAH!

Segala pengorbanan menjadi sia-sia walaupun bertahun bersama..tiada lagi gelak tawa, tiada lagi senyuman, tiada lagi ikatan.....

Namun, disaat inilah...insan yang hadir adalah insan teramat ISTIMEWA digelar SAHABAT..
Disaat kita memerlukan...MEREKA hadir tanpa meminta ganjaran...
ditenangkan hati walaupun masing2 punya masalah yang sukar...

"pesan pada diri kuatkn semangat,
pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah,
pesan pada semua jangan mengeluh dan janganlah kecewa,
ALLAH sentiasa bersama kita"


"disebalik kesulitan itu ada kemudahan,
esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan..
menjadi penghibur hati"

"in life, Allah doesn't give u the people u want..
instead He gives u the people u need..
to teach u, to hurt u and make u exactly the way u should be.."^_^

- SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN SAHABAT-



puterakuda

Puasa dari Sudut Kesihatan

Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.

Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi Kesegar kepada fisikal dan mental seseorang.

2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.

3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.

4. Puasa akan memanjangkan umur anda

5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa

6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.

7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.

8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox an darah akan kembali alkali.

9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi

10. Puasa boleh menurunkan berat badan

11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan

12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata




"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"
puterakuda
antara ajk yang hadir

residen2 banyak memberi idea

nampak hangus...tp...sedap!

berebut2 nak mkn ni..

BBQ

antara sesi pembentangan

krew memasak nasi

krew BBQ

Pada 20 Ogos 2009, Persatuan Pelajar Kelompok Amanah telah mengadakan Induksi bagi sesi ajk 2009/2010.
Tujuan utama induksi ini diadakan adalah untuk membentangkan kertas kerja program-program yang bakal dianjurkan oleh kelompok amanah. Kertas kerja ini telah dibentangkan dihadapan semua residen.

Malam itu juga diadakan jamuan bagi menghargai jasa ajk2. yang lepas.
Program bermula jam 8 malam dan berakhir jam 11 malam.

-Program dijalankan dengan lancar-
puterakuda
Persembahan dari Sahabat al-farabi

antara graduan2 prs

jualan di gerai2

xcukup tangan layan pelanggan

"bakal pengantin" berganding bahu..=p

rambang mata

tekun buat sosej roll

donut oh donut

persediaan awal..

Pada 15 dan 16 Ogos yang lalu, PRS UNITEN telah membuka gerai jualan sempena Majlis Konvokesyen UNITEN Ke-12.

persediaan awal telah dilakukan dan jualan amatlah laris sehingga stok makanan terpaksa ditambah banyak kali..

Menu utama yg dijual ialah.....burger, nasi lemak. sosej roll,air gas, float, donut, dadih, soya dll...

semua ahli PRS yang hadir membantu telah menunjukkan komitmen yg tinggi..syabas diucapkan....

p/s- sakit gler kene 'burger' SPECIAL.. ^_^
puterakuda
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
puterakuda
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


p/s-dimana kah anda?he3
puterakuda

hua3..
tema raya tahun ni ialah pink..bahasa jawa nye..merah jambu..hu3..
nak gelak salah, xgelak aq yg kene gelak..sukati la pe org nak ckp..
time nak raya kene jg kulit sikit ni...
klu kulit gelap pkai pink mau jd mcm bangla..ha2
dengan ini, saya menisytiharkan WARNA TEMA RAYA SELURUH MALAYSIA adalah warna MERAH JAMBU..rakyat malaysia beli lah warna merah jambu...he2.
p/s- sape nak berduet ngan aq tyme raya, beli la pink..=p

puterakuda



salam alaik..
pagi yg cerah, ayam berkokok....(xde pun ayam)
suara merdu kedengaran.."alil, bangun..p kebun"..
dengan muke ngantuk xmandi ag...p la nek kenderaan..(dh pas solat subuh ea..)
so, destinasiku pagi ni ialah kebun sawit ayah ku di sri medan..
lame dh xpergi coz sibuk stdy je..hu3..
sempat la ambik pic wat kenangan...


puterakuda
Aries (21 Mac – 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)

Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

Leo (24 Julai – 23 Ogos)
Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos – 23 September)
Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 September – 23 Oktober)
Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.

Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.
WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

Scorpio ( 24 Oktober – 23 November)
Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun – 23 Julai)
Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Sagitarius ( 23 November – 21 December)
Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.

Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…

WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.

Capricon ( 22 December – 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.

Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…

Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.

Taurus (21 April – 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.

Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…

Gemini (22 Mei – 21 Jun)
Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..
puterakuda

Salam alaik..
hi3..topik kali nie pasal my sis..
punyer la rajin gler arini kat umah..kemas tue la, kemas ni la....
biasa la..arini tanggal 9 Ogos 2009 akak aku dirisik oleh seorang jejaka...hi3
just ade la makan2 cikit...
ni pic masa bakal mak mertua akak aq menyarungkan jersey....erk, salah2... menyarungkan cincin tanda merisik kot...
semoga berbahagia la..
p/s - bile la orang nak dtg risik diriku??=p
puterakuda
hidup subur..

ayah ku bermandi peluh

mak turut membantu

abang2 ku..
buat2 rajin.=p

sebelum disiappkan..

anak lada..


tersusun..

anak pokok lada

dari jauh..

Salam alaik...
Akhirnya smpai jugak kat umah ni..
penat drive dr seremban until pagoh..hu3
balik smpai umah je dh kul 2 pagi..bertolak dr UNITEN kul 8 mlm..dengan jem ag..adui..
terpakse la bertukar jd 'MICHAEL MAHLIL'..speed je la keta tue..
so..balik pun dh tido kepenatan..
bangun pagi2 kene tlg ayah plak projek ie ni... tanaman lada...
akhirnya siap gak tanam kat semua poly-bag...
dlu tanah ni adalah tempat umah kami sekeluarga dlu..tp terbakar (sape la buat ek??)
dr terbiar..itu yang ayah buat projek yg berfaedah..
pic2 tue je la yg sempat diambil..hi3
k, la..salam..









puterakuda

Salam alaik..
Akhirnya UNITEN membuat pengumuman rasmi ditutup pada 6 Ogos 2009 kerana penularan wabak H1N1..

UNITEN mengesahkan 3 penuntutnya positif H1N1 setelah 12 orang dikuarantin sebelum ini.
Langkah drastik telah dilakukan setelah mendapat maklumat pihak perubatan bahawa wabak ini akan berjangkit.

Cuti ini hanya bermakna untuk pelajar foundation kerana pelajar degree cuti midterm..hu3..

Papepun, SELAMAT BERCUTI!
puterakuda
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
puterakuda
puterakuda

Candidate (E17)

E17 (Category : Exco)

Name :Mohammad Mahlil Bin Md Saleh
ID Number : CE083442
Year & Semester :1st year,1st Sem.
Experiences :
1)Secretary of Kelompok Amanah 2008/2009.
2)Vice President 1,Kelompok Amanah 2009/2010.
3)Director of Street Soccer 2009 (Kelompok Amanah).
4)Head of Program PINTAR 2009.
5)Head of Sport Program, Orientation Kelompok Amanah,2009.
puterakuda





"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat...
.


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."


sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..



credit - masyitah az-zahra (iluvislam.com)
puterakuda
Merah

mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar.

Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain.

Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat.

Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.




Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat.

Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia.

Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan.

Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.

Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka.

Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.

Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.

Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.




Indigo

Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka.

Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri.

Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban.

Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.

Ungu

Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.

Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.


credit - doraemong13 ( iluvislam.com)