puterakuda



Salam alaik.
Bersyukur kepada Allah Tuhan sekalian alam pencipta langit & bumi serta diantara keduanya.
Alhamdulillah pada 11 Mac 2010 bermula jam 8.30 malam - 11.00 malam pihak Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN bersama wakil kelompok telah mengadakan mesyuarat bagi bersama-sama menyelesaikan ISU PENARIKKAN BALIK SUBSIDI PENGINAPAN.

ISTILAH
Jika dilihat harga asal penginapan sebelum subsidi RM280 bagi 'single room' dan RM200 bagi 'shared room'. Setelah diberi SUBSIDI sebanyak 10% setelah sekian lama, harga menjadi RM245 dan RM180. Hanya untuk membetulkan istilah yang kebanyakkan pelajar tidak mengetahui, apa yang berlaku bukanlah peningkatan yuran penginapan tetapi penarikkan balik subsidi yang selama ini menyenangkan kita semua.Lihat link

SEBAB PENARIKKAN BALIK SUBSIDI
- penggunaan elektrik bulanan yang terlalu tinggi - (anggaran kasar 1 juta /bulan).
- pihak UNITEN tiada keuntungan selama 12 tahun penubuhan dan hanya setahun sahaja pernah mendapat untung (beratus juta kerugian)
- RM20 JUTA/setahun pembayaran sewa tanah kepada TNB.
- Research Development (modal yang banyak tanpa subsidi dari kerajaan).
- Tidak dapat menampung kerugian yang terlalu tinggi setiap tahun.
- Kerosakkan yang berulang kali dilakukan pelajar di penginapan.

PERINGATAN
Universiti Tenaga Nasional merupakan anak syarikat kepada TNB. Ianya juga merupakan CSR [Corporate Social Responsibility] TNB kepada masyarakat dari segi pendidikan. Dan UNITEN juga di audit dari semasa ke semasa tentang segala segi termasuklah kewangan. UNITEN juga mempunyai pemegang-pemegang saham yang mahukan keuntungan bukannya kerugian dan tidak berselindung disebalik kerugian itu dengan adanya CSR.

ISU SEMASA
Tentang masalah yang berlaku iaitu dari segi keselamatan isu "chipsmore" sekejap ada sekejap tiada pengawal bertugas di penginapan ialah akibat daripada syarikat GLOBE (maap andai salah ejaan) penyedia tenaga kerja pengawal tidak membayar gaji kepada pekerja. Pihak pengurusan UNITEN akan sedaya upaya menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

CADANGAN
-Memasang prepaid meter disetiap rumah [mengambil tempoh masa] - telah dibuat percubaan pada tahun 2003 di cendukiawan.

____________________________________________________________________

DARI DIRIKU UNTUK DIRIMU :

Salam alaik. Pertama dan selamanya marilah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan nikmat kepada kita setiap denyutan nadi memberi nikmat yang tidak ternilai harganya.

MENTALITI
Pertamanya, kemana kehebatan mentaliti pelajar yang gah dalam bidang akademik? Tiba-tiba 'layu' dilanda masalah, terus menghukum dan memberontak. Bukan menyokong pihak pengurusan, bukan tidak mempertahankan HAK PELAJAR. Tetapi jika dilihat situasinya, UNITEN merupakan sebuah IPTS yang semua orang tahu akan maksudnya. Apabila penarikkan balik subsidi sebanyak RM20 dan RM35, melatah semua, mula melulu-lulu ingin hak mereka semula. Walhal, dari pelbagai aspek dirujuk kembali isu ini tidak menjadi masalah dan inilah akibatnya apabila selama ini dibuai mimpi indah hidup senang dengan PEMBAZIRAN. Dalam sebulan, anda habiskan duit anda untuk membeli kredit, keluar enjoy, keluar makan, beli benda-benda yang tidak berfaedah, merokok, beli game, berapa harganya?? kurang dari RM20? Kalau yang ada buah hati lagilah lebih kan??

A : kenapa kau rosakkan benda ni??
B : aku bayar RM*** kat UNITEN, so hak akulah nak rosakkan. aku nak tau mana duit aku pergi.

A : Kenapa membazir elektrik, xtutup lampu, kipas p kelas??
B : Aku bayar UNITEN...

Banyak isu yang melanda seperti itu. Akibatnya satu longokkan 'bukit' dibelakang A6 AMANAH terdapat besi buruk yang setiap semester semakin bertambah. Kerusi dihancurkan, dipatahkan, kesian melihat kerenah mahasiswa seperti ini. Lif Cendikiawan contohnya rosak teruk akibat perbuatan siapa?? staf ke yang rosakkan?? jadi itulah akibatnya, jika diperbetulkan mengambil kos sangat tinggi tetapi masalah yang sama berulang kembali. hanya membazir sahaja jika mentaliti pelajar UNITEN tidak diubah.Tidak kemana duit pelajar,hanya kesitu sahaja.

Pembuangan sampah merata-rata sekitar penginapan. Sukahati membuang sampah kebawah melalui tingkap. Amboi, cantik sungguh perangai pelajar UNITEN kan?? Tuan rumah mana tidak marah penyewa tempat dia berkelakuan seperti itu. Kebersihan dalam rumah lagi tidak perlu dicakap. Majoriti rumah penginapan [khusus lelaki] sangat-sangat kotor. Anda menghargai ke rumah anda yang anda bayar murah-murah RM180 tu? Cendikiawan yang ok baguslah. Yang menyedihkan umpama masuk sehingga habis belajar batang penyapu pun tidak pernah terusik. Habuk rokok bersepah-sepah, barang-barang berselerak, berterabur dan sebagainya. Langsung tidak peduli keadaan rumah kediaman anda. USAH BERCINTA jika perangai tiada kesedaran, tiada tanggungjawab.

Tiba-tiba kebanyakkan pelajar di UNITEN ini tersedar, terbangun dan dirasai kewujudannya di UNITEN apabila isu-isu seperti melibatkan DUIT disentuh. Hebat~. Ada diantara pelajar mampu pula menghabiskan beratus-ratus ringgit join program MLM dan sebagainya. Dan ada yang lebih menyedihkan, program yang tiada produk pun mereka sanggup join demi mencari duit lebih. Sekali masuk BERATUS plak tu. sanggupnya~ Akhirnya, mati kutu nak cari orang sebagai mangsa.Sedih bertindak sebelum berfikir dan berfikir setakat kehidupan mewah mendapat wang tanpa tahu tentang halal & haram dalam agama.

Jika dilihat anda membayar yuran pelbagai jika tidak silap saya RM140. dan itu termasuklah yuran untuk aktiviti pelajar. Jika anda bijak, anda joinlah banyak-banyak program di UNITEN ini, ambil manfaat banyak-banyak, jadi sukarelawan, jadi fasilitator, anjurkan program dan sebagainya. Dan semua itu jika anda lakukan harga tidak setanding dengan RM20 MALAHAN LEBIH DARI ITU. Anda tidak sahaja 'melaburkan' duit anda RM20-RM35 itu ditempat sepatutnya, malahan anda dapat pelbagai kebaikkan untuk diri anda, meningkatkan softskill dan sebagainya yang anda sendiri tahu. Jika anda RAJIN mengikuti program yang dijalankan, kegunaan duit program anda sangat-sangat melebihi apa yang anda bayar kepada HEP. Anda mengeluarkan duit, tetapi anda perlu bijak untuk dapatkan pulangan duit yang anda bayar itu untuk elakkan kerugian kepada diri sendiri. Walhal, anda juga layak 'mengambil hak' rakan-rakan anda yang hanya di UNITEN tidak aktif dan dibuai kehidupan sendiri. Selesai sisu RM20 dan RM35...^_^.

Maafkan diri ini jika ada tersalah maklumat dan jika ingin berkongsi maklumat sangat2 dialu-alukan. Dan mohon agar pelajar-pelajar UNITEN semuanya mampu membuka minda anda bukan hanya umpama diketuk baru tersedar dan sama-samalah kita berukhwah menghidupkan suasana kampus agar pelajar UNITEN lebih bersatu padu dan mampu memberi impak pada masa akan datang. InsyaAllah.

MAHLIL SALEH
630-830

13 Responses
  1. Mas Ai Says:

    Assalamualaikum,...

    Pelajar akan terus merungut,merungut dan terus merungut....setuju isu pembaziran elektrik. Memang dah jadi kebiasaan apartment ditinggalkan tidak bertutup kipas dan lampu. Pejamkan mata sahajalah membayangkan berapa ramai pelajar yang membiarkan PC dibuka 24/7 untuk memuat turun dan sebagai server,...

    maybe boley buat satu kempen JIMAT ELEKTRIK?


  2. puterakuda Says:

    salam kak mai.

    benda ini telah pun diusulkan. dan jika kempen bukan semuanya akan sedar.jika dilihat sambutan pelajar-pelajar terhadap aktiviti peljar , dpt bayangkan bagaimana nnt rsnya..
    pelajar uniten perlu sedar~


  3. assalamualaikum...
    pertama2 sekali saya rasa menyalahkan pelajar diatas segala2 kerosakan adalah tidak sepatutnya dilakukan...
    menaikkan sewa bukan satu jalan penyelesaian..malah mampu memudaratkan lagi keadaan pelajar.....jika dikatakan tentang lif rosak dan perabot rosak...sudah menjadi lumrah...jika perabot yang sama digunakan bertahun2 tanpa diselenggara...tidakkah perabot tersebut akan rosak...begitu juga dengan lif dan sebagainya...meletakkan segala2nya dibahu pelajar adalah tidak munasabah sekali......pelajar hanya mahu jumlah yang mereka bayar SEPADAN dengan apa yang mereka sepatutnya peroleh
    dan keadaan kini tidak sama sekali adil kepada pelajar....


  4. puterakuda Says:

    Salam alaik ya akhii..^_^
    terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih atas respon yg diberikan. sgt2 menghargai..^_^

    hanya pembetulan istilah yang digunakan, bukannya MENAIKKAN SEWA tetapi ialah PENARIKKAN BALIK SUBSIDI 10% sebenarnya.

    saya sendiri tidak menyokong sebenarnya dengan penarikkan balik subsidi ini, TETAPI jika pihak UNITEN masih ingin meneruskan, apa yang saya cadangkan itulah, join aktiviti pelajar kesana sini. gunakan wang yang anda bayar sebaiknya. dan saya rasa anda juga seorang pendebat uniten, jika tidak silap sy,anda kesana sini mewakili uniten. dan ini hanya pandangan sy untuk pelajar uniten lbh terbuka minda jika hal ini berlaku dan tidak hnya tahu membntah malah tahu mengunakan cr lain untuk 'menebus' RM20 itu.

    Anta penah ke belakang blok A6 amanah? sila la dtg. longgokan kerusi perabut hancur. xknlah kerusi itu dengan sendrinya terjadi seperti itu jika tidak ade tangan2 yg gatal memandai ubah bentuknya...

    dan sy tidak same sekali menyalahkan 100% kepada pelajar, mungkin ade juga dr pihak pengurusan uniten, tp same2 ingin pelajar uniten ni 'sedar' ape sebenrnya yg berlaku. bukan time sush baru tersedar, waktu senang, lupe dunia. dan menyeru semua pelajar uniten, same2 menyokong MPP yg sedang bertungkus lumus mendapatkan 'HAK' yang dulunya milik kite..

    sy tegaskn balik, sy tidak menyokong penarikkan balik subsidi, tetapi memberi peringatan dan cara mcmne nk kite atasi kembali masalah ini dan anda tebus balik rm20-rm35 anda itu.
    HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI..^_^

    ade pandangan, cadangan boleh kemukakan, boleh same2 kongsi pandangan dan pendapat. tiada salah...^_^...


  5. fakhruddin Says:

    salam mahlil.

    aku komen ni sebab nak follow up comment je. nak tengok reaksi pembaca2. aku tak nak komen apa2. pandai2 fikirlah masing2 :)


  6. puterakuda Says:

    salam kudin..thanx..^_^
    xpe, just nk bg masing2 fikir je..^_^.

    pilihan di tangan sendiri..^_^


  7. terima kasih kerana memperbetulkan kesalahan istilah saya....
    saya hanya mahu mempersoalkan 2 atau 3 perkara berbangkit....
    pertama2 sekali.....yuran pengajian UNITEN....sudah diketahui mahalnya hampir 3 kali ganda dari IPTA.....kemanakah wang2 tersebut pergi?dicampak kelautkah

    kemudian dengan pemansuhan subsidi yang diberikan kepada pelajar...
    adakah ia mampu untuk memberikan keuntungan kepada UNITEN

    dan yang ketiga.....dengan pertambahan yuran pelbagai yang tidak termasuk dalam yuran pengajian...masih belum cukupkah lagi utk UNITEN beroleh keuntungan?


  8. puterakuda Says:

    salam alaik..^_^.
    akhii,
    1) UNITEN ni IPTS, SO JANGAN dibandingkan dengan IPTA. IPTA mendapat subsidi daripada kerajaan berpuluh % dan IPTS pula terpaksa mendapatkan sumber pendapatan sendiri tanpa bantuan kerajaan. try la bandingkan dengan IPTS lain dan kos pengajian yang same..^_^. dalam status badan 'bisnes', jika tiada keuntungan baik xnya bisnes.
    Dan bayaran tersebut juga dibayar untuk pensyarah2 yang statusnya layak mendapat gaji yg tinggi. kualiti kot~.

    2)Sememangnya pemansuhan ini tidak mampu scara tiba2 memberi keuntungan pd pihak uniten, ttp ape yg mereka lakukan ialah cube mengurangkan kadar kerugian yg terlalu byk..sy bukan menyokong, tp ape yg berlaku dan maklumat yang dpt akan cuba dikongsi. dan sbb itu sy ajak anda semua masuk ke aktiviti pelajar dan lbh aktif untuk TEBUS balik rm20-rm35.

    3) pecahan yuran pelbagai sebanyak RM140 setelah ditolak rm10 untuk ID.
    RM30-insurans, RM60-perpustakaan, RM50- aktiviti pelajar.

    memang banyak. dan keuntungan itu xpasti la berapa dia ambik...
    dan jalan yg terbaik untuk anda gunakan kad insuran tu, selalu p pustakaan n gunakan sebaiknya dan join aktiviti pelajar. anda da bayar, ambik la hak anda.. dan JIKA anda lebih aktif berpersatuan, apa yang anda dapat lbh dr yg anda bayar..^_^.. cubalah.dan RM50 yang diberi untuk aktiviti pelajar masih tidak mencukupi dan jika anda nk taw, bleh la p 3P akan dtg xpun tnye wakil kelab anda peruntukkan kelab dan persatuan.

    Kekadang kita xbleh nak terus memberontak dengan apa yang berlaku, tp gunakan kepintaran untuk kite dapatkan balik hak kita mungkin dr cara yang lebih halus tanpa disedari. pilihan di tangan kita.

    untuk maklumat lanjut, bole jumpe MPP kot..^_^


  9. tapi anda tidak sama sekali menjawab persoalana saya sebentar tadi...DENGAN YURAN PENGAJIAN YANG BERGANDA BERBANDING IPTA...MASIH BELUM CUKUPKAH UNTUK MENAMPUNG UNITEN....
    tak termasuk lagi dengan pelajar2 luar negara yang yurannya lebih MAHAL....
    jadi fikir secara logik....takkanlah yuran tersebut masih belum mampu menanggung perbelanjaan uniten...nak kata barang2 uniten ni baru....anda pernah tak mewakili uniten....anda tau x betapa buruknya van uniten dibandingkan dengan KLIUC?anda lihat kembali bas uniten?semuanya buruk belaka....habis tu kemana semua wang tersebut pergi????
    fikir dulu dengan teliti jangan main dengar je ape yang pengurusan cakap.....
    YURAN PELBAGAI DITOLAK RM 10 UNTUK ID???
    SEJAK BILA PULAK SETIAP SEM KITA DAPAT ID BARU?
    PERPUSTAKAAN?
    ANDA CUBA CARIKAN SAYA BUKU2 BARU DI PERPUSTAKAAN.....
    SISTEM KOMPUTER PON TIDAK DI UPGRED
    BEGITU JUGA DI COIT....
    habis tu mana duit kita pergi...
    kalau kemudahan2 asas pon tak dapat dipertingkatkan!!!!!
    lif di cendi dah banyak kali tersangkut...dan saya juga pernah jadi mangsa!!!!sampai bila nak tunggu...sampai ada orang mati!!!!
    saya kira anda tak pernah melebarkan minda anda dan melihat bagaimana betapa proaktifnya pelajar2 ipt lain dalam mempertahankan hak mereka dari terus dibuli oleh pihak pengurusan....
    itu yang mahasiswa uniten tak ada...
    hanya nak jadi budak baik yang dengar kata sambil dipijak2 oleh mereka yang berkuasa?


  10. puterakuda Says:

    he3..kan dah ckp bukan xpertahankan hak pelajar, tp KALAU subsidi ini still ditarik n jalan yg sy cadangkan itulah mcm ape yg ditulis..^_^

    Untuk sekali sahaja naik degree bayar rm10. n then pastu RM140. rujuk surat tawaran naik degree, ade dekat belakang rsnya..^_^

    cube anda pergi dekat pihak kewangan n mintak laporan kewangan uniten. n then pergi HEP plak mintak laporan kewangan aktiviti pelajar. insyaAllah terjwab la mane duit2 tu..^_^.


  11. Wanturd™ Says:

    salam puterakuda.

    bagi dalam bentuk point je la ek.

    - kita bayar untuk 4bulan setengah, walhal hampir semua sem kita duduk dalam 4 bulan je.kalau ada lebih pon, 3,4hari. setiap sem kita bayar lebih untuk "nothing".

    -internet disediakan masih lagi teruk,ada kolej di UM yang pelajar dia handle sendiri(tanpa subsidi,hanya collect sesama student) mempunyai kelajuan yang jauh berbeza dari Amanah.

    -RM1juta sebulan. Itu yang menjadi alasan makan diri untuk uniten mungkin. Adakah Rm1juta itu datangnya dari penginapan? Kita ada pasang aircond ke? Adalah amat mustahil utk kita menjangkau nilai penggunaan begitu. Yang banyak guna, bangunan2 akademik dan bilik2 selesa lecturer. Kalau yang guna untuk akademik, patut masuk dalam yuran akademik kita je.

    -hasil kenaikan sebanyak rm20 sahaja ini lah yang akan menaikkan lagi bil eletrik, dan lain2 kos selenggara. kalau lepas ni xnak tutup langsung elektrik pon dengan tanpa rasa serba salah boleh jawab, "aku dah bayar rm200 campur seratus free kat uniten".
    kalau buat rosak kerusi,port internet, lain2 perabot, pon boleh kasi alasan sama.

    -kita perlu tahu, kita adalah customer. customer tidak perlu fikir tentang apa masalah penjual. sebab kita yang membayar mereka. Sebaliknya, mereka yang perlu memenuhi kehendak customer.

    -kalau nak naik jugak, sila penuhi sebahagian permintaan pelajar.
    > tingkatkan kelajuan internet.
    > kerusi yang lebih tahan lama.bukannya duduk sedikit dah bengkok.(oh ye,kerusi amanah berlainan setiap bilik)
    >tempat ampaian yang lebih berkualiti.
    >err..apa lagi? tak banyak pun sebenarnya student nak kan?


  12. puterakuda Says:

    salam..ko upenya wan..tq2..^_^

    mmg internet yg menjadi 'nadi' student menjadi isu yang sgt2 panas. dh berpuluh kali diusulkan kpd ITMS dan pihak2 berkuasa.. xtaw la tindakan mereka tu..
    insyaAllah same2 kite cr jalan yg terbaik n bntu pihak MPP dlm laksanakan tugas kita..tq..^_^


  13. Wanturd™ Says:

    heh3..sekali sekala nak mencelah..

    haaa...ada 3 bulan lagi masa untuk MPP usahakan.. kena push sket admin/itms/siapa2 berkaitan, baru dorang buka mata. hehe