puterakuda










Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus berbakti ^_^


MPP UNITEN telah membuat mesra MPP bersama pelajar kemasukkan mei 2011 pada 1 Mei 2011.


Semoga MPP UNITEN terus mengorak langkah dengan lebih cemerlang.^_^
puterakuda

Semoga dirimu dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan dalam berbakti di muka bumi ini.

Terima kasih atas segala pergorbanan selama ini kepada keluarga mahupun diriku ini.

Pergorbanan yang tiada ganti dan tiada setandingmu.

Selamat Hari Lahir

^_^

2 MEI 2011
puterakuda
























Alhamdulillah ketika ini diri diberi kekuatan untuk mengharungi semua yang berlaku.

Pada 29 April 2011, MPP UNITEN telah menerima kunjungan daripada JPP IPGKKB dalam rangka lawatan program mereka.


Program yang bertujuan mengeratkan ikatan kepimpinan kampus juga membincangkan isu-isu semasa dan topik "Transformasi Sahsiah dan Akademik Menjana Kecemerlangan Mahasiswa" menjadi topik utama diskusi pada petang tersebut.


Pertukaran idea yang bernas diselitkan dengan jenaka membuatkan perbincangan agak menarik dan tidak cukup masa rasanya.^_^


insyaAllah kita akan berjumpa lagi dan terima kasih atas kesudian kalian hadir ke UNITEN.^_^
puterakuda
















Alhamdulillah syukur pada Tuhan diberi kekuatan. Gambar sekitar induksi fasilitator kemasukkan mei 2011/2012 pada 24-28 April 2011.


Pengalaman yang menarik bersama sahabat-sahabat..^_^


"Menang kalah nombor 2"


Tagline group kami yang xkisah kalau menang ataupun kalah sebab kami mesti no 2.he3.

Thanx atas kerjasama kalian semua. Semoga kita semua diberkati olehNya.
puterakuda




Salam alaik.
Alhamdulillah masih diberi kekuatan olehNya hadapi dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Adakala langkah tersungkur, namun di gagahi hadapi semuanya. Berjalan tanpa henti mencari redha Illahi. InsyaAllah.

Hari pertama bercuti di rumah diberi peluang untuk bantu ayah berkebun. Hari ini berkebun buah jambu. Macam menarik kan? Tapi hanya sebagai hobi keluarga sahaja tanaman ini diusahakan.

Yang menariknya, jambu-jambu yang ditanam ini lebih besar dari biasa. Rasanya sedap juga..^_^

Sebenarnya kebun ini agak semak disebabkan masing-masing ada komitmen sendiri. So, masa yang sempat inilah nak menolong ayah di kebun.

Macamne boleh ada kebun kat sini?
Sebenarnya dulu family mahlil duduk kat sini. Disini la sampai adik beradik yang ke7 membesar disini. Sekarang dah ada 12 adik beradik. Tapi ada 1 tragedi berlaku pada family, dimana rumah yang didiami ni terbakar habis. So, dari terbengkalai terbiar je, baik diusahakan tanaman ape2 kan.. Identiti yang bakar rumah dirahsiakan..he3..

Semoga diriku dapat menempuh semua dugaan sebaiknya.InsyaAllah.^_^
puterakuda
Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.


Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.


Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.


"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.


"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.


Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.


Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.


"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"

"Segar." sahut tamunya. "Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak," jawab si anak muda.


Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.


"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.


"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.


Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."


Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.




p/s- No Problem No Fun..^_^..Hadapi dengan penuh kesabaran..^_^
puterakuda
Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.


Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.


"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.


Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.


Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.



Moral:


Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.


Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.


Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.


Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.


Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.


Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...


p/s-Indah persahabatan ^_^