puterakuda


Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saidina Abu Bakar. Saidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saidina Umar. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saidina Umar sendiri.

Pengajaran:


*~Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad saw. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan kita.
*~Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
*~Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.
*~Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.
Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.
*~Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.
Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.
*~Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.
*~Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.


puterakuda

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

ARTIS : UNIC
ALBUM : LANGKAH TERCIPTA
puterakuda
hadiah yang menjadi rebutan.
urusetia yang rajin


pemenang Johan dan Ketiga

naib johan
penyampaian hadiah
posing2 bersama bola..hi3
kawal jangan xkawal.

peralatan penting event
skill itu penting..
mcmne tue??
totti pun maen??
orang2 kuat2 aq..thanx u all
bosan fc
syurga dibawah tapak kaki ibu fc

ambik ke letak ni???
1st match 2nd day..
street soccer berlangsung pada hari kedua. amat menyedihkan apabila 2 team menarik diri iaitu Harimau Terbang FC dan Jembalang Tanah FC...
Namun begitu, aksi menarik tetap berlangsung dengan pelbagai skill ditunjukkan..
urusetia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai penganjur walaupun dengan kekurangan ajk amanah kerana pelbagai urusan..
setelah habis perlawanan terakhir, CBR&co dinobatkan sebagai juara, manakala Syurga Dibawah Tapak Kaki Ibu dinobatkan sebagai naib juara dan Samba FC tempat ketiga. tempat keempat dimenangi oleh oleh Bosan FC dan kelima Amanah FC..Namun begitu, Amanah fc tetap menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.
Terima kasih sangat2 kepada ajk Amanah yang byk membantu saya dalam menjayakan program ini. kepada baem,koci,due,nik,amin,ehwan,skantha,nabeel,en.nizam,en.shahanif dan dr khairul, terima kasih banyak2 atas sokongan anda semua..tanpa anda semua, mgkin mjlis tidak semeriah yang dijangkankan.
terima kasih atas sokongan anda semua!
akan datang, kita akan bertemu di event seterusnya..=)
p/s- tahniah kepada semua pemenang dan team amanah..hi3

puterakuda
ranking hari pertama
ketua pengarah dah kepenatan..ha3
kejar jangan xkejar...
masuk ke?

mane bola?
skill veteran..hi3
asterpool fc
bosan fc
jembalang tanah fc
nak gol ke tue?
ouch! salah shoot on target la plak..
urusetia yang setia buat keje..
rentap!
mencuri masa untuk sarap..
priiiittt!!!
keadaan urusetia handle event
pengadil 'jemputan'...

penat tggu bola smpai ni...
amanah fc beraksi..ahakz
masuk wei!
ade gaya x?? ( lihat btul2, kaki xjejak bumi..ha3)
shoot je la nik..
aksi menakjubkan amanah fc
team ape ek?
posing lebih penting dr kemenangan??
harimau terbang fc
bosan fc (satu2nyer team foreigner)
menanti perasmian.
perasmian oleh en.nizam (residen amanah) diiringi ketua pengarah projek (mahlil)

Sebanyak 22 perlawanan telah pun dilangsungkan pada hari pertama kejohanan street soccer anjuran Persatuan Pelajar Kelompok Amanah UNITEN. pelbagai aksi menarik byk disaksikan begitu juga dengan perlawanan yg dipenuhi kekasaran.

31 mei akan berlangsung fasa ke dua sebelum penyampaian hadiah.
team urusetia(amanah fc) agak membanggakan pada hari pertama kejohanan selain team Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu menunjukan aksi memukau dipenuhi skills. begitu juga dengan team dr CBR & co mempamerkan aksi menakjubkan.

walaubagaimana pun..kita tggu hari terakhir perlawanan untuk menobatkan JUARA pertandingan street soccer edisi pertama anjuran Kelompok Amanah.
puterakuda
makan sampai kenyang.hi3
ape nak makan ni yah?
mak melayan adik
ehem2...sedap sgt


lapar.....=(

29 MEI, mak and ayah dtg uniten ni..lame dah xjenguk daku disini....
so, semalam dtg...kitorg makan kat D'Tasik..tempat yg xpenah aku nak pergi sbb mahal sgt...yg aq dengar la..pastu aq p la tempat ni selma belajar kat cni xpenah pun makan kat cni...
dah makan, mmg btul la agak mahal..hi3...
wlaupun mahal...tp sedap..so kire berbaloi la..sape nk dtg uniten, ajk la dtg mkn kat cni..hi3..
jgn lupa bwk duit cozz takut kene cuci pinggan plak kan..=p