puterakuda




Jejak imam muda..=D









Assalammualaikum
Pertama dan selamanya, diri ini bersyukur kepadaNya pencipta segala yang ada dilangit dan dibumi serta diantaranya. Dalam melalui liku-liku kehidupan, dugaan dariNya mentarbiyah diri untuk mengislahkan kehidupan ini. Maha suci Engkau yang HEBAT!

Alhamdulillah selesai menganjurkan program Society Convention On Social Issues 2011 anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia UNITEN.

Walaupun banyak juga rintangan dan ujian, tetapi yakin pasti itu yang terbaik Allah kurniakan.^_^

Slot bersama imam muda Asyraf

Alhamdulillah akhirnya dapat bersemuka, duduk bersama, jalan seiring bersama ikon remaja masa kini, Imam Muda Asyraf. Menarik orangnya serta penampilannya. Tinggi akhlaknya dan budi pekerti. Bijak membuat tarikan. Sangat menarik berbicara dengan orang seperti ini. Kita juga mampu menguji diri sendiri siapa kita dan siapa dia.. Mampu setandingnya?? fikirkan..^_^

Banyak perkara menarik dibincangkan dari pelbagai perspektif merungkai gejala sosial yang berlaku memfokuskan aspek dalaman manusia (rohani) mahupun spiritual. Sangat2 menarik apa yang disampaikan.^_^

Slot bersama En.Kamal Affendi

Orangnya sangat pandai membuat lawak, pandai membuat pelbagai gaya, namun pemikiran sangat hebat dalam dunia yang penuh dengan penjenayah dan pelbagai ragam manusia. Sakit mulut ketawa dibuatnya.

Namun, tetap bersyukur dan terima kasih yang tidak terhingga, walaupun cedera ditetak orang mengamuk, tetap digagahi diri untuk hadir membina anak bangsa. Terharu rasanya dengan semangat juang yang sangat2 tinggi. Moga dirimu cepat sembuh ya..^_^

Di saat menghantarnya ke kereta, pesanan bermakna darinya buat diriku :

" Suatu hari nanti kalau mahlil jadi ketua jabatan mana2, u must push your self to give the best "

Hanya mampu mengangguk tanda faham.^_^

Moga ujian mentarbiyah diri ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program ini. Dan terima kasih buat sahabat2 dari muadzam yang sudi hadir ke sini..^_^
puterakuda




















InsyaAllah akan diadakan Bakti Siswa 2011 di kawasan ini sempena National River Clean- Up.. agak2 mcmne nak bersihkan semua ni ya??^_^
puterakuda


Menghadiri bengkel ICV anjuran Pusat Pengurusan Kualiti (PPK) menambah baik segala perjalanan kerja di UNITEN pada 7-7-2011.
puterakuda


















Alhamdulillah semua diberi kemudahan dan kesusahan..^_^
Menguji kekuatan diri.

Laporan : http://srcuniten.blogspot.com
puterakuda






sila singgah http://srcuniten.blogspot.com