puterakuda













TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA UNITEN
&
TAHNIAH KEPADA PENGANJUR..^_^
puterakuda

Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Nabi Muhammad sendiri selalu beristighfar.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.

Ada juga yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". Seperti dalam keadaan terkejut.

Kasihan sungguh kita, selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita!.

Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? Maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "Agar dosa diampunkan", "Agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya...

Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? Dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran.

Istighfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t

dalam surah an-nisa, ayat 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t

Dari surah Al-Anfar, ayat 33

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun"

dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga "Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."

(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt"

Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"

Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "Beristighfarlah kepada Allah swt"

Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!"

Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)".

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa.

Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.

Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".

Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.

Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"

Maka kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."

(Sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8)

Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.

Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. Walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. Kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (HR.Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selau beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Sesungguhnya Allah swt dan Rasulnya juga lebih mengetahui.

Beramallah kita seperti seorang muslim

Sehingga kita berupaya melaungkan "Saksikanlah! aku seorang muslim!" tanpa ragu.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/833-akhi-nsh.html

21
puterakuda
Alhamdulillah diberi kenikmatan yang tidak terhingga olehNya untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada :
Ibu dan ayah serta ahli keluarga.
Insan yang memberikan hadiah di hari istimewa.^_^.Sangat menghargai.
Sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan ucapan.
Individu-individu yang mengenali diri ini.
Terima kasih atas segalanya dan diri ini memohon seribu kemaafan jika terdapat kesalahan terhadap kalian. Semoga hidup kita semuanya dirahmati olehNya.
puterakuda

















Alhamdulillah seronok bersama keluarga..^_^
puterakuda

Bismillahirahmanirahim...

“Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Ku buka kan coretan ini dengan hadis yang buatku tersenyum. ^_^

Benar,wanita adalah hiasan dunia. Sedarkah kau wahai wanita,dirimu penuh mempesonakan, lemah lembut, keayuan, menghiburkan dan pelengkap kepada lelaki? Hebat sungguh ciptaan Yang Maha Hebat atas kejadianmu sehingga digelar tonggak utama kejayaan seorang lelaki.Lihat sahaja pemimpin terunggul Nabi Muhammad SAW yang dibelakangnya ada penolong, peneman, pendorong perjuangan Baginda ialah isterinya, Saidatina Khadijah. Kehadiran Baginda sebagai pembawa rahmat, telah mengangkat martabat wanita yang dianggap hina,keji, dan musuh pada lelaki.

Pada zaman jahiliah, taraf wanita sangatlah rendah sehingga dijadikan pelayan dan hamba nafsu kepuasan lelaki. Pembunuhan bayi perempuan perkara biasa pada ketika itu kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga. Maha Suci Engkau ya Allah Yang Maha Mengatur segalanya. Kelahiran Rasulullah umpama pembawa cahaya dalam kegelapan. Baginda telah membawa cahaya Islam kedalam masyarakat jahiliah seterusnya menjadi penyelesai segala masalah. Kini wanita setaraf dengan lelaki. Bezanya hanya khudrat dan fitrah masing2. Perbanyakkan selawat pada Rasulullah SAW wahai kaum hawa. Tanpa Baginda, siapalah anda. Mungkin masih dianggap keji dan hina. Subhanallah~

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang) Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (Riwayat al-Tabrani)

Wanita,apa perasaan anda selepas baca hadis ini? Tinggi sungguh darjat wanita sehingga dikatakan lebih baik dari bidadari dunia. Allahuakhbar! tak teringin kah anda wahai wanita meraih gelaran wanita solehah?

Bagaimana yang dikatakan solehah itu? Mari ikuti kisah ini;

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung,“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nur,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

SAYANG nya Allah pada wanita. Mudah sungguh kakimu melangkah ke syurga hanya dengan taat pada Allah dan suami. Tak perlu bersusah payah mengangkat senjata untuk berjihad fisabilillah. Pahala jihadmu ditulis atas sebab taat pada suami. ^_^

Betapa tingginya martabat wanita sehingga kemana sahaja membawa syurga ditapak kakinya.. Teringat hadis Nabi Muhammad SAW,sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Bahz , dari ayahnya dan dari datuknya yang pernah berkata : “ Wahai Rasulullah! Siapakah yang ( lebih selayaknya ) saya berbuat baik kepadanya ? “ Jawab Baginda Rasulullah s.a.w : “ Ibumu , kemudian Ibumu , kemudian Ibumu , kemudian barulah ayahmu . Kemudian kaum keluargamu yang paling hampir dan seterusnya lain-lain drp kaum keluargamu “(Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud rh dan diriwayatkan juga oleh Al-Imam Muslim rh dan Al-Imam At-Tirmidzi rh). Hadis itu sekali gus menyuruh kita menghormati insan yang melahirkan kita ke dunia persinggahan ini. Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah. Rasulullah juga bersabda wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan dan putusnya pada satu urat, Allah memberi satu pahala haji. Selain itu, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


Seorang ibu juga yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.


Nah!!! Nikmat Allah mana lagi yang kamu dustakan wahai wanita? Berbahagialah Allah takdirkan kamu diciptakan sebagai wanita. Malah doa wanita lebih makbul dari lelaki. Kenapa? Kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. ^_^


Tapi sayangnya. Wanita ramai yang leka. Apalah gunanya cantik, manis, anggun, menawan, menarik yang kau miliki jika tidak disalurkan pada syariat Islam? Ciptaan Allah yang indah ini bukan untuk dijual beli dan dipertontonkan. Saidatina Aisyah ra pernah berpesan “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.” Jangan kau bangga dengan kecantikan yang kau miliki. Bukankah itu hak mutlak lelaki yang bergelar suami? Apa yang akan kau jawab dihadapan Allah bila disoal tentang sumbangan kau pada kaum Adam? Bukankah kau adalah kekuatan dan tiang negara? Jika baik akhlakmu,sejahteralah Negara. Jika hancur akhlakmu,maka hancurlah Negara.

Pada peristiwa israq dan mikraj, diceritakan Rasulullah tersenyum melihat syurga kerana ramai dalam kalangan penghuninya adalah lelaki. Tapi ketika baginda melihat neraka, Baginda menagis melihat penghuninya ramai dalam kalangan WANITA. Wahai wanita,engkau terlalu mudah memasuki syurga namun engkau juga terlalu mudah memasuki neraka. Sebagai contohnya hanya kerana kau tidak sempurna menutup aurat didalam sekelompok lelaki, maka sudah dikira dosa bagi tiap2 mata lelaki yang memandang. Belum dikira lagi dosamu dalam ghibah,tabaruj,hatta melunakkan suara dalam pergaulan antara lelaki ajnabi. Nauzubillahi min zalik.

Sedarlah wanita, antum merupakan fitnah terbesar bagi kaum lelaki. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya,“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Hadis Riwayat Bukhari)

Cuba tanya pada semua lelaki,tak kira mat rempit ke, mat gian ke, kaki botol ke, kaki zina sekali pun, apa ciri2 isteri idaman mereka? Rata2 menjawab “aku nak yang baik la der. Leh jaga makan pakai aku. Tak kan nak bekas orang kot. Lagi pon mak aku cakap kalau nk wat bini carik yg pakai tudung”. Sejahat2 mana pun lelaki, ketahuilah, yang solehah jugak menjadi idaman. Bukankah itu ukuran yang diajar oleh Rasulullah? Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”(hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Dalam ramai2 wanita yang hadir dalam hidup lelaki, ketahuilah, yang “ganjil” juga menjadi pilihan.

Wahai wanita , dirimu sangat mudah melakukan dosa. Berwaspadalah dengan setiap gerak-gerimu.

Wahai lelaki, anta adalah pemimpin kepada mereka. Allah SWT sudah memberi amanah kepada lelaki untuk membimbing wanita dalam surah an-Nisa,ayat 32 yg bermaksudnya :"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.” Andai anda hamba yang bertakwa, bimbinglah wanita kejalan yang diredhai. Bukannya merosakkan mereka. Bukankah mereka ibu kepada bakal para mujahid,mujahidah cilikmu?

Akhir kalam, berjutaan terima kasih ku ucapkan kepada para WANITA. Tanpa anda, tiadalah kami. ^_^

puterakuda












Alhamdulillah.^_^