puterakuda













Salam alaik.
Alhamdulillah LANGKAH TERCIPTA masih diteruskan.Bersyukur kepada Allah atas segala kurniaanNya. Semalam meneruskan perjalanan kehidupan dengan misi-misi yang berbeza. Berjumpa adik di UM sebentar menyampaikan amanah ayah. Rasanya sudah lama kami sendiri tidak berjumpa dan berbual kerana kekangan masa dan diriku sendiri yang jarang balik ke rumah. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bersua. Sedikit kepelikkan, boleh pula saya sesat ketika hendak ke UM. Nasib baik pepatah lekat dihati, Jauh perjalanan luas permandangan. Terima kasih kepada insan-insan yang membantu. Jasa kalian dihargai.

Selepas itu, misi diteruskan untuk ke Rumah Anak Yatim Baitul Ummah, Setapak. Perjalanan yang agak jauh dipenuhi kesesatan yang kerap berlaku. Namun, hati kena tabah walaupun ikutkan hati mahu sahaja pulang kembali. Alhamdulillah tempat yang dituju pun sampai.

Keadaan yang sunyi menyebabkan saya agak terkilan dimana penghuni-penghuninya. Tanpa membuang masa, saya terus menelefon Ustazah Siti seperti yang terpapar di pagar berwarna hitam. Alhmdulillah ketibaan saya disambut oleh penyelia Kak Ummi. Mencari segala jawapan di kepala ini. Lawatan ke seluruh rumah itu dibuat dan alangkah untungnya kalian-kalian yang tidak menetap dirumah ini tapi masih tidak bersyukur. Kehidupan yang serba kekurangan masih diteruskan untuk menampung seramai 50 orang penghuni.

Sempat juga mengambil beberapa gambar untuk rujukan. Namun di kepala masih berpusing apakah yang mampu diri ini menyumbangkan kepada mereka.?

Semoga Share Us Your Love mampu memberi sedikit sinar buat mereka..^_^
puterakuda



Salam alaik.
Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang masih tidak jemu-jemu memberi kenikmatan kepada kita tanpa meminta sedikit bayaran sekalipun. Namun, kadang-kadang hambanya masih terus lalai dibuai mimpi-mimpi indah dalam kehidupan. Sedikit perkongsian daripada khutbah jumaat tadi, ketika seseorang mati, akan ada TIGA benda yang akan mengikutinya. Namun, DUA benda tersebut akan pergi dan hanya SATU yang akan kekal bersamanya. 2 benda tersebut adalah ahli keluarga dan harta benda. Dan yang satu itu tidak lain ialah AMALAN kita.Subhanallah.
____________________________________________________________________

Tujuan slot ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pandangan tentang apa yang berlaku di UNITEN. Warga UNITEN telah digemparkan dengan sekatan jualan air di kedai-kedai yang telah berkhidmat selama 10 tahun di UNITEN tanpa sebarang masalah. Namun, banyak persoalan yang timbul dari tindakan pihak pengurusan UNITEN bukan sahaja dari mahasiswa sendiri, malahan daripada peniaga-peniaga, staf-staf dan masyarakat sekeliling. Amat mengecewakan apabila penjualan air hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Perkara ini amat memalukan kerana perkara ini bukanya untuk menaiktaraf foodcourt UPTEN mahupun foodcourt COE,malahan menimbulkan banyak masalah kepada pelanggan.

Antara masalah yang timbul :

1) Peniaga-peniaga kehilangan pintu rezeki kerana monopoli sesuatu bahan jualan. Perniagaan air sangat menguntungkan dan ini menyebabkan peniaga-peniaga kerugian dan sukar untuk beroperasi jika hanya bergantung kepada penjualan makanan sahaja.

2) Kesan daripada masalah pertama, peniaga-peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga makanan untuk menampung kos perniagaan. Jika penjualan air masih diteruskan, mereka tidak begitu risau kerana keuntungan air mampu sedikit sebanyak menampung kos yang ada.

3) Perkara ini amat menyukarkan pelanggan kerana terpaksa beratur membeli makanan dan selepas itu dikehendaki pergi membeli air pula. Sedangkan sistem dahulu amat mudah ketika pelanggan hendak membayar harga makanan , minuman sudah tersedia. Adakah sistem yang mudah dan menyenangkan ini perlu dimansuhkan?

4) Harga minuman di kedai tersebut amatlah tidak berpatutan dan terlalu mahal untuk pelajar. Sedangkan semua kedai yang telah beroperasi lama di UNITEN menetapkan harga yang sangat berpatutan. Adakah ini yang dimahukan oleh pihak pengurusan?

5) Bagi yang beragama Islam, agak terasa was-was apabila yang membuat air itu daripada orang yang bukan beragama Islam. Bukan hendak menimbulkan isu agama, tetapi, seboleh-bolehnya elakkanlah segala minuman dan makanan yang masuk ke badan kita dari orang yang tidak mengerjakan solat.

Ke-5 ini masalah yang terakhir saya senaraikan tetapi BUKAN YANG TERAKHIR.

Bukan gambar hiasan

____________________________________________________________________

WARKAH BUAT TIMBALAN NAIB CANSELOR UNITEN

" Pemimpin yang diberikan tugas mengurus masalah orang Islam, kemudian dia tidak berusaha mengurus kepentingan mereka, dan tidak memberi nasihat, dia tidak masuk syurga bersama-sama mereka " ( Sabda Rasulullah direkodkan oleh Imam Muslim )

TNC UNITEN yang dihormati,

Pemimpin yang adil, pemimpin yang hebat, pemimpin yang disanjungi adalah pemimpin yang memahami pengikutnya. Bukannya bertindak mengikut kehendak diri sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pengikut. Tiadalah seorang pemimpin itu wujud melainkan adanya pengikut disampingnya. Namun, adakah TNC sendiri memahami perasaan mahasiswa-mahasiswa UNITEN, staf-staf UNITEN dan masyarakat sekeliling UNITEN ini? Membuat keputusan yang amat mendukacitakan.

Kami agak terkilan dan terkejut dengan pengurusan UNITEN tentang isu-isu yang berlaku ketika ini. Tidak habis dengan isu penarikkan subsidi penginapan pelajar, yang barangkali menyusahkan mahasiswa dan ibubapa timbul pula isu yang bukan sahaja menyusahkan mahasiswa malahan peniaga-peniaga, staf-staf dan masyarakat sekeliling. Adakah ini yang dimahukan oleh pihak pengurusan UNITEN? Masyarakat memandang serong tentang apa yang berlaku di UNITEN. Dalam mengejar pelbagai kejayaan yang diraih hampir setiap tahun, namun tanggungjawab terhadap pelajar, terhadap masyarakat hilang entah kemana. Tiada gunanya segulung ijazah tiada gunanya gelaran yang diraih tanpa memikirkan masyarakat sekeliling. Amat mendukacitakan keputusan yang dibuat LANGSUNG TIDAK dibawa berbincang dan mendapat reaksi mahasiswa dan begitu juga staf. Peniaga-peniaga pula langsung tidak diberi peluang melontarkan pandangan walaupun telah diajak bermesyuarat. Wahai pemimpin, berlapang dadalah menerima pandangan orang lain.

TNC UNITEN yang dikasihi,

Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran:

  1. Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan
  2. Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya
  3. Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti
  4. Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak AKAN MENIPU dan berlaku zalim dalam perniagaan
  5. Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.
Adakah salah jika ingin bersedekah kepada pelanggan? Dalam Islam sendiri sedekah merupakan amalan yang digalakkan. Namun inilah realiti yang berlaku apabila secawan air suam/air masak apabila hendak disedekah, ditutup peluang melakukan amalan. Siapakah kalian yang berkuasa menghalang orang berbuat kebaikkan? Gerai baru yang dibangga-banggakan pula menjual RM0.20-RM0.30 kepada pelanggan. Hanya secawan air masak, sungguh 'kelakar' pemikiran seperti ini. Wahai pemimpin, berlapang dadalah menerima pandangan orang lain. Sungguh mengelirukan apabila semua peniaga-peniaga yang ada selama ini dikehendaki menjual makanan dan minuman mengikut harga kawalan yang ditetapkan. Namun, kalian lihat harga yang diletakkan oleh peniaga baru yang itu? Tidak perlu saya tulis harga setiap minuman tersebut, kalian datang dan lihatlah sendiri. Jangan lupa bandingkan dengan harga semua peniaga yang ada. Adakah ini melihat keadilan kepada peniaga lain yang dikenakan kawalan harga tetapi si pendatang baru sudahlah memonopoli, menjual melebihi apa yang ditetapkan. Siapa mereka? Kroni-kroni kalian? Sahabat-sahabat kalian? kenalan kalian? Dan adakah tender ini dilakuka secara terbuka atau tertutup?

Sejak kedatangan Yang Dikasihi, pelbagai masalah yang timbul. Jika isu subsidi penginapan ditarik balik kerana kerugian kepada UNITEN, kenapa baru tahun ini ditarik? tidak dari awal ketika kerugian ini berlaku. Kelakar bukan, UNITEN yang syaban tahun memenangi pelbagai anugerah yang gah dipandang masyarakat tetapi rupanya mengalami kerugian. Tetapi mungkin ada sesuatu yang berlaku yang kami sendiri tidak pasti apa yang pihak pengurusan mahukan. Tapi ini bukan isu yang saya mahu bangkitkan, tetapi isu monopoli air yang sangat menyedihkan kami warga PUSAKA TERSAYANG. Begitu cepat keputusan ini dibuat, dan tidak sampai 3 bulan, pembinaan gerai baru di foodcourt-foodcourt telah pun siap. Cepat sungguh keputusan yang dibuat tanpa bertangguh. Apa sebenarnya terjadi? Sedangkan isu seperti parking yang sudah bertahun-tahun, court futsal yang diwar-warkan oleh PPH, langsung tidak nampak perkembangan. Aneh.

Kami musykil apa yang berlaku.Adakah Yang Dihormati sengaja mewujudkan perkara-perkara ini untuk memastikan permintaan tercapai? Sedangkan pihak PHEP sendiri tidak dapat berjanji untuk memastikan akan datang mempunyai pilihanraya MPP?. Silap hari, kami mahasiswa memulaukan pilihanraya tersebut. Sangat mendukacitakan. Tetapi dikalangan kami juga yang akan menegakkan hak yang sepatutnya.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu khianati amanah-amanah yang diberikan kepada kamu dalam keadaan kamu mengetahuinya " ( Surah al-Anfal ayat 27).

Ayat diatas bukan yang lahir dari hati ini mengikut sesuka hati menulis, tetapi apa yang difirmankan oleh Dia Yang Maha Satu. Rasa rugikah jika Yang dikasihi berjuang untuk kebajikan mahasiswa dan memahami situasi yang berlaku ? Adakah nama yang dicari, adakah pencapaian diatas kertas yang diagungkan tetapi disebalik itu penghuninya sengsara? Dilucutkan jawatankah jika membenarkan peniaga-peniaga lain menjual air dan bersedekah kepada pelanggan? Besar sangatkah penajaan yang di dapat ?

Hilangnya persaingan sihat dalam perniagaan. Tiada free competition yang selama ini diamalkan oleh semua peniaga. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Siapa sedap, dia ramai pelanggan. Wujudnya pelbagai perasaan bukan sahaja terhadap pendatang baru, tetapi terhadap pengurusan UNITEN yang semuanya tidak positif. Amankah UNITEN? Persefahamankah UNITEN dari pihak atasan hinggalah bawahan? Senang hatikah peniaga berniaga di UNITEN? Selesakah keadaan ini kepada masyarakat awam yang datang untuk menjamu selera? Persoalan yang tidak diajukan kepada sesiapa pun sebelum membuat keputusan. Bagaimana pula pihak pengurusan membuat keputusan ini? Berdasarkan keuntungan ataupun kepentingan? Ataupun kebajikan? Atau mengejar nama? Atau kepentingan individu? Jawapan terserah kepada anda.

Buat makluman kalian semua, pihak MPP UNITEN telah membuat tinjauan harga dan bertemubual bersama peniaga-peniaga yang ada pada 8 Julai 2010. Dan semuanya menolak tindakan TNC. Sukakah TNC keputusan yang dibuat tidak disukai oleh orang lain? Menimbulkan rasa kurang selesa terhadap kepimpinan yang ada. Hilang kepercayaan. Hilang juga pemimpin yang diharapkan. Apabila wujudnya seorang pemimpin yang menyusahkan pengikutnya, dan semakin kurang sokongan terhadap seorang pemimpin itu, tunggu saat sahaja untuk anda pula di bawah.

Yang Berjawatan Tinggi,

Bukannya kami hendak menghalau peniaga baru, silalah berniaga. Tetapi wujudkan keadilan. Free Competition untuk semua. Semua boleh menjual air, semua boleh menjual makanan. Tiada hasad dengki, tiada permusuhan. Persaingan sihat memajukan UNITEN dan memudahkan warga UNITEN mendapatkan keinginan yang dikehendaki. Itu yang terbaik. Secara tidak langsung kalian yang membuat keputusan menjaga kebajikan untuk orang Islam mendapat sumber minuman dari tangan-tangan yang takbir kepada Allah. Sukarkah membuat kebaikkan sedangkan kuasa telah dimiliki? Gunakan ke arah yang bermanfaat.

Mungkin warkah ini amat keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang berlaku. Jika tulisan ini mendapat tentangan dan bercanggah dengan pihak TNC, silalah tujukan kebenaran kepada saya. Tetapi bukan kepada saya sahaja, kepada warga UNITEN, peniaga-peniaga tentang apa yang berlaku. Jika lebih 50% menyokong keputusan TNC, maka kami membenarkan keputusan ini diteruskan. Jika keputusan sebaliknya, ramai yang membantah, saya dengan rendah diri meminta pihak pengurusan menarik balik notis yang dikeluarkan. Mungkin pengumuman boleh dilakukan di UPTEN. Anda turun sendiri ke UPTEN, buatlah satu majlis untuk memaklumkan kepada warga kampus. Jika yang dilakukan ini benar, usah takut untuk berhadapan dengan kami. Jelaskan kepada kami keputusan yang dibuat. Undang-undang dicipta oleh manusia, tetapi masih boleh diubah. Undang-undang Tuhan usah dicabar, kelak terasa seksanya. Kami semua menunggu ketibaan anda untuk memaklumkan perkara ini.

" Dan urusan mereka dijalankan secara musyawarah sesama mereka " ( Surah as-Syura, ayat 38)

Jangan sesekali dihukum peniaga yang masih menjual air ketika ini. Kerana ini semua rezeki mereka. Tuhan memberi mereka rezeki, dan siapa kalian menutup pintu rezeki seseorang? Maha Agung kah? Sudah tentu tidak sama sekali. Apabila keputusan dibuat sesama sendiri mengikut kepentingan, terabailah yang lain.

Mungkin sampai sini sahaja warkah buatmu yang dikasihi.Namun ingatlah sebagai pemimpin apa yang terbaik adalah membuat keputusan mendengar pandangan orang bawahan. Berlapang dadalah menerima teguran, menerima kritikan, menerima pandangan, menerima cadangan agar engkau dihormati. Tiada ertinya kehebatan akademik bergulung-gulung andai hilangnya nilai kemanusiaan, hilangnya peradaban, hilangnya kasih sayang dan hilangnya kesian belas. Semoga warkah ini walaupun tidak dibaca olehmu tetapi inilah antara luahan hati orang bawahan mu yang masih tidak bergaji.Mengharapkan belas kasih dan keadilan pemimpinnya.

Semoga kehidupanmu kerahmatiNYA.

Yang ikhlas
Sekadar Lelaki Biasa

___________________________________________________________________________

Buat sahabat-sahabat UNITEN,
selesakah anda dengan keadaan yang berlaku? Masih berdiam dirikah kalian diulit kesenangan yang dikecapi tanpa memikirkan sahabat-sahabat yang susah?

Tiada masa untuk kita berdiam diri, bukan masanya untuk duduk ditampuk pemerintahan yang menindas kita. Tetapi, jika ini yang anda mahukan, saya tidak menghalang. Jika anda orang yang sependapat dengan saya, bersama-samalah kita bersatu. Ingatlah wahai sahabat, pemuda ini mempunyai kuasa yang hebat jika bersatu dan digunakan dengan betul. Jika jiwa belia Sultan Muhammad Alfateh mampu mengubah daratan menjadi lautan, kenapa tidak kita?

Untuk mana-mana sahabat yang mempunyai pandangan ataupun cadangan, bolehlah berkongsi dengan saya disini. Dan saya benarkan untuk anda share link blog saya sesama sahabat-sahabat yang lain.

Semoga mahasiswa UNITEN bangkit dari diulit mimpi kesenangan. Berjuang untuk kebajikan dan hak.

Sekian,
puterakuda.


puterakuda
Salam alaik.
Alhamdulillah masih diberi kekuatan pada diri ini untuk terus berbakti.Namun, cabaran yang perlu dihadapi kali ini ialah KEM KEPIMPINAN MAHASISWA 2010. Semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan ianya mampu mengubah mentaliti pelajar dan melahirkan lebih ramai mahasiswa berjiwa pemimpin ke arah kepimpinan unggul.

Sesiapa yang berminat, boleh layari http://kkm2010.blogspot.com untuk maklumat lanjut program. Jom sama-sama merealisasikan kebangkitan mahasiswa di UNITEN!
puterakuda
Ku akui ku pencinta sejati
Ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
Namun KASIH (Tuhan) slalu ku bohongi
Betapa malunya aku menghadapMu..

MencariMu hanya bila ku rindu
Mula bersujud hanya bila ku perlu
Namun bila Kau beriku cinta
PanggilanMu tak pernah aku mendengar

Angkuhnya ku pada kejadianku
Merasakan dunia lama milikku
'Kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
Bila nafas di hujung nyawa

Curangnya aku di setiap nafasku
Melupakan aku hanya milikMu
Jauhkah syurga dari pandangan?
Kifarah dosa kini(sakit) ku rasakan

Tuhan..berikan aku peluang
Curang yang lalu takkan berulang

Nyanyian : Feelhoney

puterakuda



































Salam alaik
Alhamdulillah pertama dan selamanya diriku bersyukur kehadrat Allah yang masih tidak jemu memberi aku nikmatNya selama 20 tahun ini. Bersyukur masih mampu berbakti di atas muka bumi ini khususnya di bumi Pusaka Tersayang.

Minggu orientasi pelajar baru 2010/2011 bermula pada 27 Jun 2010- 2 Julai 2010. Memberi seribu satu kenangan. Pahit manis semua bersatu mendidik jiwa mengenal erti suka dan duka. Buat pertama kalinya menjadi fasilitator orientasi amat mencabar bagiku kerana bertindak sebagai ketua mass untuk Mass D. Namun, hati masih tabah menghadapi dan ingin menghadapi segala cabaran yang bakal ditimpa.

Dibantu oleh sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus amat menyenangkan hati. TERIMA KASIH atas kerjasama kalian A.Dzar, Hazim,Nazrin, Arun,Amirah,Yus,Joline, Atykah dan Nurli. Diri ini meminta maaf atas apa yang berlaku disedari mahupun yang tidak disedari. Jika ada yang berkecil hati, seribu kemaafan dimohon.Semoga kita dapat berkerjasama lagi dikemudian hari.^_^

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti ice-breaking (medan elektrik,cari saya), taaruf (binatang kesukaan saya dan fast n furious), LDK2 menarik seperti liku-liku kehidupan, F1 dan banyak lagi.Semua memberi maksud tersendiri yang mampu mendidik jiwa pelajar baru di bumi UNITEN ini.

Buat adik-adik baru yang disayangi, Akim, Daniel, Hifzhan, Navint, Manoj,Yong Sim,Kah Seng,Aalban,Omar,Amzar,Pivinesh,Washim,Ikhmal,Aizat, Tamil dan Dania semoga kalian mampu tabah menghadapi dugaan di UNITEN. Segala pesanan ketika di LDK harap dapat dijadikan pedoman agar diri tidak leka di alam universiti yang segala terletak ditangan sendiri. Seribu kemaafan andai ada kesalahan dari diri ini sengaja mahupun tidak. Tetapi dalam perkenalan seminggu ini amat mengembirakan kerana kalian semua mesra dan mampu menerima diri ini seadanya...^_^. Semoga semua berjaya dalam kehidupan dan pelajaran.

Buat Diri Ini

Andai ini jalan yang ku pilih,
Tidak akan aku undur walau selangkah,
Andai ini yang aku hadapi,
Tidak mungkin gentar menghadapnya.

Tak ingin daku kecewa berbakti. Berjalan meniti setiap hari sendiri berfikir tentang diri. Banyak rupanya perlu dilaksanakan kerana terasa ianya tanggungjawab hati. Jika mengundur diri, apakah yang akan berlaku dikemudian hari??

Perjalanan masih jauh perlu dilalui. Setiap liku kehidupan memberi seribu satu hikmah yang kita ada kalanya tidak mampu berfikir apakah hikmah yang akan berlaku. Wahai diri yang berbentuk fizikal, wahai diri yang berbentuk virtual tabahlah menghadapi segala yang akan berlaku. Gagahkan diri dalam setiap langkah dalam apa jua langkah bakti mu. Andai Sultan Muhammad Alfateh mampu mengubah daratan menjadi lautan, masakan dugaan 'sekecil' ini langsung tidak mampu ku hadapi.Bangkit Mahasiswa!

p/s-Persediaan KKM'10..nantikan kemunculannya.^_^

puterakuda









Salam alaik.
Alhamdulillah pada 20-26 Jun 2010 telah diadakan induksi program untuk semua fasilitator orientasi kemasukkan jun 2010/2011. Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk mewujudkan sifat berpasukan yang mantap dikalangan fasilitator.

Antara aktiviti yang menarik adalah seperti perkhemahan, Kin-ball,LDK dan pelbagai lagi. Segala modul yang akan digunakan untuk pelajar baru juga diajar kepada semua fasilitator yang dibimbing oleh ketua mass masing-masing.

Semoga usaha kalian mendapat ganjaran yang setimpal dariNya.