puterakuda

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
puterakuda




Salam alaik.
Perkahwinan pada 14 Disember 2009 diteruskan di pihak lelaki.
Majlis meriah denga kehadiran sanak saudara dan juga sahabat2 keluarga.

Saya tidak dapat melihat pengantin kerana pulang awal ke UNITEN. semoga majlis diraikan meriah dan berjalan lancar.

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

p/s- seronok gak tgk org waktu nikah ni...he3..nervous3.=p
puterakuda









Salam alaik.
Tahniah dan syabas kepada abg.Adi dan pasangan k.Dija kerana berjaya diijabkabulkan.. 13 Disember 2009 perkahwinan mereka diadakan di pihak perempuan.
Bermula dengan adat bertukar hantaran seterusnya kepada upacara nikah.. suasana sgt meriah kerana imam sgtlah kelakar..hu3


"SELAMAT PENGANTIN BARU"
puterakuda




Salam alaik...
Pada 12 Disember 2009 Kelompok Amanah telah menganjurkan Gotong-Royong Underground. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan kelompok dalam keadaan bersih.

Di anjurkan oleh saya sendiri kerana melaksanakan manifesto ketika interview dahulu.
Alhamdulillah lega rasanya setelah melaksanakan program mini ni...

Di mulai dengan senam robik, dan setelah itu semua ajk dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan tugas. Berakhir dengan jamuan ringan.

p/s- thanx kepada yang hadir
puterakuda
SPORTING LISBON 0 - 2 VALENCIA CF
AZAN (1)
MAHLIL (1)



Alhamdulillah....pasukan Valencia CF menbuka tirai kumpulan H dengan langkah kanan apabila berjaya mengalahkan Sporting Lisbon 2-0. Jaringan pertama dihasilkan oleh Azan hasil daripada kesilapan pertahanan lawan. Tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menunjukkan peningkatan oleh pasukan Valencia CF apabila terus mendahului hasil lorongan cantik Gan disudahkan oleh Mahlil. Tamat permainan...

Tahniah atas kejayaan Valencia CF.perjuangan masih diteruskan..

Next opponent : Osasuna
puterakuda

VS




VALENCIA CF VS SPORTING LISBON

MASA : 5.00 PETANG

TEMPAT : MINI STADIUM UNITEN

HARI : JUMAAT (11 DIS 2009)


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!
puterakuda



















Salam alaik..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang masih memberikan saya peluang untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Alhamdulillah berjaya menghabiskan bengkel 3P anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN. Pada kali ini, 3P telah dianjurkan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang bemula 4 Disember 09 sehingga 6 Disember 2009.

Tujuan program ini adalah untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit di dalam pengurusan kelab dan persatuan.pelbagai info telah pun diberikan dengan hari pertama slot bersama penceramah terkenal en.Ryzal....Yg terkenal dengan "JANGAN MEMBANGAU LAGI".

Kelainan kali ini adalah dijalankan serentak dengan program pemantapan MPP UNITEN. Pelbagai maklumat terkini telah dikongsikan dan khususnya isu2 kewangan pelajar telah dijelaskan dengan selengkapnya oleh semua pihak HEP..TAHNIAH~

Semoga program ini memberi manfaat yang amat berguna kepada semua peserta. Jika ada masalah/pertanyaan tentang penganjuran program atau membuat proposal, bolehlah merujuk kepada saya...i.Allah sedia membantu sekadar yang tahu..jika tidak,sama-sama kita mencari penyelesaian..

"DO I MAKE U PROUD"