puterakuda
Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kita masih dipanjangkan umur untuk terus hidup dan berbakti di muka bumi ini sebagai khalifahNya. Alhamdulillah setelah 3 tahun blog ini sunyi sebab saya terlupa passwaord blog dan emel yahoo, akhirnya berjaya juga mendapatkannya semula. Last update 25.12.2012..masa da hujung-hujung nak habis belajar di UNITEN.

Sepanjang 3 tahun ni pelbagai perkara berlaku dalam hidup aku. Ada yang duka dan juga suka. Kira entry kali ni aku update summary kehidupan dalam masa 3 tahun aku tak update. he3

So, pertama sekali alhamdulillah lepas habis belajar lebih kurang bulan 2 2013, aku dapat interview keje bulan 4 2013. Dan company yang pertama aku interview namanya Danamin (M) Sdn Bhd. Dan ini satu-satunya company yang panggil aku interview, yang lain xpandang resume aku kot. hu3. So, Alhamdulillah start bekerja di Danamin M Sdn Bhd pada 2.5.2013 sampai lah kini.. so dekat 2 tahun setengah jugak keje dengan Danamin ni. Syarikat bumiputera bisnes utama NDT, tapi aku masuk department fabrication steel structure. Dengan xtaw ape2, slow2 belajar. Banyak dapat tunjuk ajar dari org-org pengalaman dalam compny ni especially coo aku, en.ali yusof.

Banyak lah pendedahan pasal project dia bagi dekat aku, Alhamdulillah aku try absorb sikit2. Mencabar juga mula-mula nak jaga project dan org ni. So, pengalaman softskill masa belajar sangat2 penting bro!

Aku lompat terus ke tahun 2014 plak.. so tahun ni keje mcm biasa lah.. mcm2 jadi lumrah sewaktu bekerja. Gagal menjalankan tugas dengan baik pun aku pernah TERbuat.. so keep improve apa yang kita boleh bagi pada company. Tragedi akhir bulan December 2014... Kilang aku keje di bandar penawar ni kene rompak.. perompak hampir 20 org bersenjata! Gilerr.. Budak-budak aku yang dlm kilang semua kene ikat.. aku dapat panggilan telefon dari pakguard yang TIDAK bertugas, dia mintak tolong tengok2kan workshop sebab ada bangla call dia bgtaw ada org amik barang tepi longkang.

Aku dengan member aku, Amad ni pun pergi la..smpai depan workshop xsuspek la ada perompak. Sampai situ nampak treler berhenti tersorok di tepi. Aku masuklah dulu sebab member aku dia tgh matikan enjin kereta. Aku masuk nk cari guard bertugas..tiba-tiba keluar laki bertopeng di pintu guard. Aku tanya dia "Kau sapa?" Dia boleh tanya aku balik "Kau sapa?" .. Tiba-tiba.............. Dia amik sesuatu dari pinggang dia terus hayun di kepala aku!

Nasib baik sempat tunduk elak..Rupa2nya parang!! dia cuba nak tetak aku di badan, aku sempat lompat ke belakang tapi terjatuh di jalan tar.. perompak tu terus nak menerpa aku, mujur member aku amad di pintu gate dia sergah " HOI!!" perompak terkaku.. Tapi waktu member aku sergah tu.. bunyi2 bising kat vending machine tepi ofis.. tgk ade org lari ke arah aku.. Rupa2nya bukan budak aku.. geng2 diorg.. siap bawak parang!!! Aku jerit kat member aku.. Lariiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!! Lintang pukang lari, selipar aku pun tertanggal.. lari kaki ayam dekat 200 meter atas jalan tar berbatu dan berlubang.. diorg kejar sampai tiang no.3 dekat 8 orang yang kejar kami siap bersenjata!!

Lepas tu kami call polis, bos2 bgtau apa yang terjadi dan minta bantua... ini kisah aku xkan lupakan sampai bila2.. 

Kita masuk 2015 plak la ye?

So Tahun 2015 kira tahun yang mencabar juga.. Alhamdulillah bulan 3 diberi kepercayaan untuk jaga Installation work for MRT Taman Cuepacs. Walaupun hanya 3 bulan jaga, banyak juga pengalaman dapat dekat sana. So terpaksa balik johor untuk persediaan pernikahan. Aku diganti dengan bro Zaid. Sampai sekarang rasa bersalah sebab dia kena ganti aku dan seleasaikan macam2 masalah dekat sana. Minta maaf sangat2 bro. Dan aku nk ucapkan TAHNIAH banyak kepada engineer muda Danamin, Azfar, Zaid dan Hajar yang telah berjaya siapkan installation work di MRT Taman Cuepac. Korang aset penting company! #Respect.

Sekarang sambil-sambil jaga fabrication MRT Bukit Dukong, aku jaga installation Open Air Cinema di RAPID. Biasalah projek-projek tak lari dari macam-macam masalah.. so, hadap je lah untuk diri jadi lebih kuat. Tapi rasanya xlama jaga situ da sebab nk fokus dekat MRT sepenuhnya.

Alhamdulillah 2015 juga Tuhan satukan aku dengan insan terbaik dalam hidup aku. Pertemuan singkat, buat penyamaan matlamat dan persetujuan, terus setuju aku jumpa mak ayah dia. 1st time taaruf dekat KFC.. pastu 2nd aku buka puasa dekat rumah family dia dan masa tu aku luahkan hajat aku nak mengahwini anak perempuannya yang bernama INTAN NURAZLIN BINTI AZMAN.

So, alhamdulillah 29.8.2015 kami disatukan dengan sekali lafaz pernikahan. Dan sahlah status aku bertukar menjadi suami orang. Terima kasih isteriku walaupun banyak kekurangan diri ini, masih menerimaku. Thank you so much & I LOVE U ^__^. Minta maaf juga mana yang aku terlupa jemput datang ke majlis perkahwinan aku. Semoga kalian mendoakan kebahagiaan kami.

Dan 2016 kita tempuhi dengan lebih tabah dan sabar. Dan semoga terus berjaya dalam kehidupan kita.. Ameen ^__^


Tahun ini jugak banyak dugaan datang pada family khususnya ayah aku jatuh sakit. Macam2 ikhtiar masih di usahakan sehingga kini. Semoga ayah aku cepat sembuh. Amin.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua kenalan aku, samada sengaja ataupun tidak sepanjang perkenalan kita hingga 2015. Andai yang terluka, maafkan aku, aku juga insan biasa punyai kelemahan diri yang sangat2 banyak.. Moga 2016 kita buka lembaran baru, sama2 baiki diri, baiki ekonomi dan baiki negara kita. So, ini cerita serba sedikit tentang 3 tahun aku xupdate dlm blog =)

Terima kasih sudi membaca =D


 Hari persandingan di Kota Tinggi


 Hari persandingan di Batu Pahat



Open Air Cinema RAPID

MRT TamaN Cuepacs
puterakuda


















Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih buat semua yang hadir dan urusetia yang berkorban tenaga bagi menjayakan program ini. ^__^v
puterakuda
 Bersama brother kacak Hilal Asyraf

Ustaz Pahrol menerima cenderahati daripada Ketua Pengarah Program 

Sesi bersama Hilal Asyraf 

Sesi bersama Ustaz Zahiruddin 

Poster bukan saya buat


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda yang telah bersungguh-sungguh menegakkan syiar Islam dibumi ini.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke program Bengkel Dakwah Melalui Media anjuran PERKIM UKM & ISIUKM pada 17.11.2012 bertempat di FSSK,UKM. Panel-panel yang dijemput nyata amat bertepatan sekali dengan apa yang cuba dibawa sepanjang bengkel tersebut. Panel yang dijemput ialah Ustaz Zahiruddin, Hilal Asyraf dan Ustaz Pahrol. Mungkin sesetengah antara kita tidak mengenali, tapi biasa melihat wajah-wajah mereka seperti di majalah, akhbar mahupun novel. Bengkel dibahagikan kepada 3 sesi, mengikut penceramah yang telah ditetapkan. Di sini saya hanya berkongsi sedikit tip-tip yang sempat saya salin semasa di bengkel tersebut.

Sesi bersama Ustaz Zahiruddin

Ustaz Zahiruddin merupakan editor di sebuah syarikat penerbitan buku. Mula menulis buku setelah mendapat dorongan dari pelbagai pihak serta keazaman diri sendiri. Beliau berkongsi tentang konsep dakwah yang perlu dibawa dalam media. Dakwah semestinya sesuatu bentuk seruan kearah kebaikan dan merupakan tanggungjawab kita semua. Ini kerana dakwah itu adalah untuk kita berkongsi segala pengetahuan, kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Beliau menerangkan serba sedikit tentang konsep media di mana media terdiri daripada beberapa sumber seperti recording, wayang, TV, internet dan mobile. Dalam sesi bersama ustaz, penyampaian lebih berbentuk penegasan tentang apa yang hendak disampaikan dan persoalan yang ditimbulkan kepada kami ialah PENULISAN KEMAHUAN ATAU KEPERLUAN?

Penyampaian ceramah yang menarik kerana turut berkongsi tentang Islam dalam menyampaikan dakwah. Sempat saya menyalin apa yang disampaikan oleh beliau tentang Maqasid Nuzul Al-Quran :
1. Membetulkan akidah.
2. Perakuan kemuliaan manusa.
3. Keabdian kepada Allah.
4. Pembinaan sahsiah.
5. Pembentukan keluarga.
6. Pembersihan jiwa.
7. Dakwah.
8. Toleransi kepada bukan Islam.

(Rujukan: Dr. Ammar Fadzil. (2008). Anatomi Al-Quran.Batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.

Dalam model penulisan dakwah pula dibahagikan kepada empat bahagian :
1. Mesej
2. Pembaca
3. Gaya
4. Penulis.

Dalam masa yang singkat, tidak semua perkara ustaz dalam berkongsi bersama kami, namun banyak kisah-kisah yang disampaikan kepada kami membuktikan bahawa penulisan amat penting dalam sesuatu tamadun manusia.


Sesi bersama Hilal Asyraf

Sesi kedua bersama dengan saudara Hilal Asyraf seorang anak muda yang mencetus fenomena penulisan di Malaysia dan hampir dikenali oleh semua golongan belia. Penyampaian yang menarik mungkin kerana kami dalam lingkungan umur yang sama.

Saudara Hilal banyak menegaskan kepada kami tentang NIAT kita menulis. Katanya , " Niat kena betul, matlamat kena jelas". Dengan memberi penekanan terhadap niat, maka keikhlasan dalam menyampaikan dakwah secara istiqomah dan bersungguh-sungguh dalam dilihat dan mudah untuk disampaikan berbanding niat hanya untuk duit semata dan merupakan satu pembohongan kepada pembaca sekiranga apa yang ditulis tidak pula dibuat oleh si penulis.

"Kesilapan banyak berlaku di titik pemulaan"

Beliau turut berkongsi tentang tips mendisiplin diri untuk menjadi seorang penulis, tidak kira samada menulis blog, cerpen, novel mahupun puisi indah. Disiplin yang beliau tekankan ialah Jadual, Perancangan, Peribadi dan Prinsip. Banyak konsep dan contoh yang dibawa oleh Hilal sepanjang penyampaiannya kepada kami. Antara ialah tentang penulisan dan peribadi yang sukar bagi penulis. Sebagai contoh, si penulis mengarang sebuah buku yang mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, perjelaskan kepada pembaca hukum hakam dan dosa pahala. Namun, di dunia luar si penulis tidak mengambarkan seperti akhlak yang ditulis olehnya di dalam buku. Maka diperumpamakan seperti memberi sebotol ubat antibiotic kepada pesakit tetapi tiada ubat di dalamnya. Tiada manusia sempurna, tetapi marilah kita bersama-sama saling membaiki diri sendiri.

Beliau turut berkongsi tentang tips mendapatkan idea. Idea terbahagi kepada 2. Yang pertama ialah NATURAL dan yang kedua ialah BERFIKIR. Idea boleh datang secara tiba tanpa dijangka, dan persediaan untuk memastikan idea-idea itu tidak menjadi seperti angin lalu sahaja, maka disarankan untuk membuat NOTA bagi mencatit segala idea yang terkeluar dari kotak minda kita.

Tips untuk mendapatkan viewer/dai'e:
1. Bina blog.
2. Istiqomah dalam menyampaikan.
3. Promosikan.

Tips menjadikan blog anda yang terbaik :
1. Update hari-hari.
2. Pengisian dekat dengan masyrakat.
3. Memberikan manfaat.
4. Menjelaskan dengan yang haq dan yang batil.
5. Beri sumbangan kepada Islam.

Manusia tidak sempurna. Masih ada kelemahan diri, namun sekurang-kurangnya BUATLAH SESUATU untuk agama kita. =)

Sesi bersama Ustaz Pahrol

SubhanAllah. Pertama kali berjumpa dengan Ustaz Pahrol di depan mata selain di majalah-majalah. Percakapannya begitu lembut dan menyenangkan hati yang mendengar. Kata-katanya penuh dengan hikmah dan selalu terukir senyuman dan banyak menyebut ' InsyaAllah'. Hatiku berbisik, jika beginilah akhlak seorang pendakwah penulis, maka tidak hairan beliau menjadi seperti sekarang. Kagum =)

Ustaz Pahrol berkongsi tajuk Penghayatan dalam penulisan. Berkongsi kepada kami tentang adab-adab belajar:
1. Berterusan dalam belajar
2. Rendah diri.
3. Niat untuk amal & sampaikan.

Sepanjang penyampaiannya, banyak kata-kata hikmah yang di kongsi kepada kami untuk membuka minda kami. Antara yang sempat saya salin :

1. Penjajahan pemikiran lebih berbahaya berbanding penjajahan senjata/geografi.

2. Imam Malik : Kita tidak akan dalam menandingi Jahiliyah kedua jika kita tidak dapat menangani Jahiliyah pertama.

3. 5 tahun akan datang kita ditentukan oleh siapa yang kita bergaul dan buku apa yang kita baca.

Banyak perkongsian yang diberikan kepada kami sampai adakalanya tidak sempat kami menulis semuanya kerana terpaku dengan kata-kata seorang murabbi yang indah dengan kata-kata hikmah dan pengajaran bagi kami anak-anak muda sebagai persiapan untuk masa akan datang. Banyak juga peringatan kepada kami sebagai pendakwah khususnya pendakwah media dalam menyampaikan sesuatu kepada umu. Yang penting, kita kena sentiasa perbaiki diri kita dan mengajak orang lain juga membaiki diri kita kearah kebaikan.

"Menulis dalam tulisan mesti sama menulis dalam kehidupan"

Kata-kata yang ringkas namun penuh dengan maksud tersendiri. Adakala manusia hanyut, iman berkurangan dalam kelalaian. Adakala berdakwah tetapi pernah juga terlalai. Tiada siapa yang sempurna jika bernama manusia biasa. Namun, kita semua harus membaiki diri menjadi insan yang terbaik disisi Allah. Menulis dakwah mengajak kebaikan dalam masa yang sama sebagai peringatan diri untuk menjadi lebih baik.

"Sampaikan KEBENARAN bukan KEINDAHAN"

" Dunia akan menunjukkan jalan bagi orang yang mempunyai matlamat"

Penulis menulis dirinya:
1. Tulis apa yang diyakini, dirasai dan dialami.
2. Be mesage
3. Menulis dari hati.

Menurut 1 kajian barat dalam pengaruh komunikasi, kata-kata (7%), intonasi (30%) dan body language (63%). Sebabnya kita tidak boleh berbohong dengan bahasa badan kerana banyak perkara yang berlaku daripada bahasa badan secara spontan.

" Penulis umpama doktor bukan peniaga"

Hati :

" Tulisan yang lahir dari Hati akan turun ke hati"

" Kesukaran mendidik diri kita untuk berubah boleh menimbulkan kesabaran pada diri kita"

Akal :

" Tulisan yang baik dari akal yang baik"

" Jangan menunggu kesempurnaan"

Bentuk fikiran :
1. Sistematik
2. Gagasan Besar
3. Optimis & posotif.
4. Memberi penjelasan.
5. Bersih dan tajam

Perasaan:

" Kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi"

" Orang yang ikhlas tidak perlu inga apa yang dicakap, tetapi orang yang berbohong perlu ingat apa yang dicakap"

Beza orang :

"Orang pandai mencari maklumat, orang bijak mencari ilmu, orang bijaksana mencari hikmah"

"Orang pandai membaca surat khabar, orang bijak membaca buku, orang bijaksana membuat buku"

Proses penghasilan karya :
1. Niat yang baik.
2. Perkara@subjek
3. Pelaksanaan baik.
4. Dibuat dengan terbaik.
5. Tidak tinggal ibadah asas.
6. Natijah yang baik.


Alhamdulillah program yang sangat-sangat bermanfaat kepada kami. Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur PERKIM UKM - ISI UKM yang telah memberikan medium kepada anak muda dalam mencetuskan fenomena penulisan dakwah. Dan yang pasti, mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
Syukran dan salam ukhwan ^__^

P/S - sekadar sedikit perkongsian yang sempa saya salin. Jika sabahat2 yang hadir bersama boleh berkongsi, lagi bagus. boleh komen di posting ini ^__^








puterakuda


Assalammualaikum.
Alhamdulillah pada 15 oktober 2012 saya bersama 35 pelajar UNITEN serta jemaah pengurusan UNITEN berpeluang menghadiri sesi ramah mesra bersama YBhg Tan Sri Datuk (Dr) Hj Mustapha Kamal. Salah seorang jutawan di negara kita. Pengerusi Kumpulan EMKEY dan salah sebuah anak syarikat ialah MKLAND. 

Orangnya mesra dan tidak sombong dengan kejayaan yang ada. Banyak perkongsian yang menarik ditujukan buat anak-anak muda. Sepanjang sesi ramah mesra, beliau hanya mengelar dirinya 'pakcik'. Tidak gemar jika di panggil dengan gelaran datuk mahupun tan sri.

Banyak kerja-kerja kebajikan yang telah dilakukan oleh tan sri dan berjuta-juta juga sumbangan yang dihulurkan kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak mahu digembar gemburkan media. 

Semoga 'pakcik' terus diberi kesihatan berpanjangan olehNya dalam meneruskan misi dan visi memastikan anak bangsa mampu maju di bumi sendiri. Terima kasih pakcik ! ^__^
puterakuda


Assalammualaikum.
Alhamdulillah kita dapat menyambut Hari Raya Aidilahadha bersama-sama. Gembira khususnya menyambut bersama keluarga tersayang. Meriah semua balik kampung walaupun kat gambar ni semua xde lagi sebab ngah bersiap2.he3

Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha maaf zahir batin kepada seluruh pembaca blog ini dan seluruh umat Islam khususnya ^___^
puterakuda

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sehingga saat ini dapat meneruskan pembelajaran di UNITEN sehingga semester akhir. Kejap je masa berlalu kan. InsyaAllah bulan 1 tahun 2013 akan habis pengajian dalam jurusan kejuruteraan awam, tapi yang menyedihkan konvo bulan 11 kot~ lama kene tunggu.

Semester ini jadual macam xpadat kan? tapi project banyak sangat2 sampai xtahu nk buat.. he3

Ape2 pun doakan saya berjaya ^__^

LAMA XUPDATE BLOG.. sorry
puterakuda














Alhamdulillah latihan menembak ke-2 dapat kami jalankan pada hari pertama Ramadhan.
Ramadhan bukan halangan untuk kita bergiat aktif kan? =)


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM ^__^