puterakuda




cube nk buat pipi tembam tp xjadi.. =P



Assalammualaikum w.b.t.
Bersyukur kepada Allah masih dipanjangkan usia dan diberi kenikmatan diatas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat yang telah berjuang habis-habiskan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Mendoakan kesejahteraan ibu & ayah , umat Islam, para guru-guru, sahabat-sahabat, semua yang mengenali diriku dan diri sendiri. Semoga Allah memberi keberkatan kepada kita semua.

Alhamdulillah diberi kelapangan untuk hadir pada majlis Malam Anugerah Kemilau Emas 2010/2011 anjuran UNITEN. Malam yang bertemakan Bollywood penuh dengan warna-warni. Program yang bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan mahasiswa UNITEN dalam beraktiviti khususnya kelab & persatuan UNITEN.

Alhamdulillah mendapat anugerah Individu Terbaik Kategori Kepimpinan dan Intelektual. Terima kasih buat semua yang selama ini memberi sokongan kepada saya dalam melaksanakan pelbagai program dan sumbangan tenaga kerja yang terlalu banyak. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Tahniah buat semua yang menang pada majlis tersebut. Semoga aktiviti pelajar di UNITEN terus berkembang dengan ransangan seperti ini dalam melahirkan mahasiswa dinamik bukan sahaja di kelas malah diluar kelas.

Semoga diri kalian diberkati olehNya. Amin. ^__^
4 Responses
  1. emy'n Says:
    This comment has been removed by the author.

  2. emy'n Says:

    salam..

    tahniah atas anugerah. :)