puterakuda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Batu Pahat? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Mahlil pun tak berapa jelas mengapa Mahlil nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar Mahlil tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, Mahlil selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang Mahlil tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, Mahlil sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila Mahlil cakap macam nie. Mahlil bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Mahlil nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, Mahlil akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, Mahlil rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Mahlil juga tidak mahu perkara yang sama berulang. Mahlil mahupun kehidupan yang lebih diredhaiNya.

Mahlil bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi Mahlil nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti Mahlil, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, Mahlil dalam memerhati=D. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi Mahlil green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau,insyaAllah yang Solehah seperti yang mak impikan menantu macam tu.Yang penting mak dan ayah bersedia. Mahlil lebih suka calon tu Mahlil yang pilih sendiri.Dalam masa hendak memilih yang solehah, insyaAllah Mahlil pun usaha solehkan diri sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk Mahlil.^_^

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak Mahlil akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang Mahlil nikahi nanti. Seperti yang Mahlil katakan awal-awal tadi, Mahlil nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh Mahlil belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka Mahlil akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun.. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau Mahlil telefon dia, Mahlil dapat pahala, Mahlil rindu kat dia, Mahlil dapat pahala, Mahlil bagi hadiah kat dia, Mahlil dapat pahala malahan kalau Mahlil keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, Mahlil nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan Mahlil masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka Mahlil akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib Mahlil bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka Mahlil akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum Mahlil nak nikah, Mahlil akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri Mahlil. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak Mahlil tangguh dulu. Apa-apa pun, Mahlil tegaskan sekali lagi, Mahlil nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terus terjebak ke lembah dosa.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti.. Punca maksiat ada di mana-mana. Mahlil tak nak Mahlil akan terus terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul. Sebab utama juga Mahlil mahu membina kehidupan semula yang lebih baik. Menginsafi segala dosa.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Mahlil nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi Mahlil, kalau Mahlil membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab Mahlil pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja Mahlil membicarakan hal nikah ni ketika mana Mahlil baru berusia 21 tahun .Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat Mahlil ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahlil tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang Mahlil katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan Mahlil di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Batu Pahat.


Puteramu,Mahlil



p/s-diubah suai mengikut kesesuaian semasa..^_^..Moga ada mesej yang anda dapat dari surat ini..insyaAllah..

12 Responses
  1. Unknown Says:

    sahhala Allahu lak...
    moga mendapat isteri yg solehah, insya ALlah...


  2. Unknown Says:

    huhu
    kahwin jngn lupe jemput
    ^____^


  3. Yuuki Taiyou Says:

    semoga jumpa yg secocok denganmu seadanya...


  4. semoga ada yg berkenan di hati :)


  5. husnyhoneys Says:

    beso da kazen aku ni... nak kawen ek... ^_^ aku doakan smoga cik ata ng cik salnah merestui strusnya mdpt redha NYA...^_*v



  6. Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

    Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)

    salam..ini ak amik kt blog..
    ini pendapat ak laa..
    x salah nk kahwin waktu belajar..tp, andai kite benar2 mampu..emm..
    maksudnyer camnie..pd nafkah zahir tue..emm..its better klu kiter da mampu n ad kije ttap br kiter kahwin( selagi kite bleh thn nafsu la..)
    andai x thn ..puasalah..
    emm...
    itu cme pendapatla..sbb kt tmpt ak..ad jer student kawin tp y ak knal mmg suami diorang da kije la..
    emm..sekali lg tu pndapat ak la..
    ak cme terfikir n risau, tanpa persediaan ckp dri segi mental n fizikal..kahwin awal akan membawa jge kpd cerai awal (nauzubillah)..
    tp, apepun ak juge menolak 100% kpd couple..huhu
    tapi,(soe byk sgt tapi)
    andai dah tersurat kau akan tamatkan zmn bujang kau sewaktu belajar di universiti..
    ak doakanla kau akan bertemu zaujah y solehah dan setia membantu kau dalm perjuangan...

    wasalam..



  7. Anonymous Says:

    salam,,
    insyaALLAH..mudah-mudahan berjalan lancarr..


  8. puterakuda Says:

    artikel ni diubah suai..^_^

    semoga ada yang baik itu boleh diambik iktibar dalam menyelesaikan masalah yng berlaku sekrg..^_^


  9. kucinsiam Says:

    good..
    xramai yg camneh da skarang....

    moga niat suci murni anda d beri laluan mudah oleh ALLAH S.W.T
    insyallah
    aminnnnnn...

    =)


  10. Anonymous Says:

    subhanallah mahlil...:)

    semoga yg terbaik untuk orang2 yg baik:)