puterakuda










Salam alaik.
Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah diatas segala kenikmatan yang dikurniakan kepada kita tanpa meminta balasan yang setimpal daripada kita. Alhamdulillah satu lagi ujian diri ini telah pun terlaksana. sebaik-baik rancangan manusia, tetapi segalanya di kuasaNya.

Pada 4 Ogos 2010, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya,Persatuan Pengajian Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN bekerjasama dalam menganjurkan Seminar Pembangunan Mahasiswa 2010 bertempat di auditorium perpustakaan UNITEN.

Alhamdulillah dengan tajuk Sultan Muhammad Al-Fateh : Merungkai Idola Mahasiswa amat mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 257 peserta berdaftar tidak termasuk urusetia dan jemputan yang lain. Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Shaari juga amat menarik minat mahasiswa UNITEN dalam terus mengenali tokoh tersebut. Program juga dihiburkan dengan persembahan mantap oleh kumpulan Da'e.

Pihak penganjur memohon maaf diatas masalah-masalah yang timbul disedari mahupun tidak. Semoga anda semua mendapat manfaat daripadanya.

Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang bersungguh-sungguh membuat kerja. Jadikan pengalaman pertama anda ini sebagai medan untuk anda terus kehadapan. Semoga kita dapat berkerjasama lagi di program yang lain.

"Bangkitlah Al-Fateh di bumi UNITEN"
1 Response
  1. Mas Ai Says:

    gud job,..sorry akak memang susah nak turun masa hari bekerja, jauh dan tader transport,..:P