puterakuda
Pihak MALAKOFF
Silat Sufi
Nasyid cilik~

mengajar subjek akademik

Lega rasanya~

Menjana generasi cintakan ilmu

Beri pendedahan bercakap dihadapan

LDK

Mesra bersama~
Saat pembahagian abg-akak angkat

Sahur bersama
Mereka solat tahajud

Kita seperti mereka?

ToT fasi

Taklimat program

Shopping~

Salam alaik.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas segala kekuatan yang diberikan kepada diriku ini dalam terus berbakti kepada mereka yang memerlukan. Kali ini rintangan yang menarik telah berjaya ku lepasi. Menjadi ketua pengarah untuk program Share Us Your Love banyak memberi kesedaran dan meningkatkan lagi gerak kerja yang ada.

Pada 28-29 Ogos 2010, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya UNITEN telah mengadakan program Share Us Your Love bertempat di Rumah Amal Siraman Kasih. Seramai 40 orang mahasiswa/i UNITEN terlibat dalam menjayakan program ini. Program yang ditaja sepenuhnya oleh MALAKOFF ini memfokuskan memupuk minat belajar pada diri pelajar. Program ini juga sebagai wadah terbaik untuk mahasiswa memberi khidmat mereka kepada masyarakat untuk menjadi insan yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Penghuni-penghuni Rumah Amal Siraman Kasih ini juga dikongsikan bersama ilmu-ilmu bermanfaat tentang berpuasa,solat, adab-adab dan sebagainya ketika kuliah subuh. Jamuan berbuka puasa bersama penaja juga berjaya dilaksanakan bermula jam 6.15 petang dengan pelbagai persembahan dari panglima-panglima cilik Islam.

Semoga program seumpama ini mampu memberi sedikit sinar kepada mereka yang kurang bernasib baik.Sekalung penghargaan kepada pihak MALAKOFF yang sudi memberi ruang kepada kami melaksanakan program ini. Semoga kita dalam bekerjasama lagi.
0 Responses