puterakuda












Salam alaik.
Pertama dan selamanya bersyukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga kepada hambaNya.
Alhamdulillah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah berjaya menganjurkan program yang sangat-sangat bermanfaat kepada mahasiswa khususnya dan kepada agama Islam amnya. Kem Al-Fateh II yang telah diadakan di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat Selangor pada 26-28 Februari 2010 telah berjalan dengan lancarnya.

Pelbagai pengisian yang menarik dan mencakna minda telah didedahkan di kem tersebut. Pelbagai topik menarik dikongsi, diolah dan dibentangkan oleh penceramah yang sangat menjiwai tanggungjawab tersebut.

Antara topik yang menarik ialah tentang tokoh seperti Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, perjuangan Rasulullah S.A.W dan banyak lagi tokoh teragung Islam zaman kegemilangan.

Peserta juga didedahkan dengan kisah-kisah pengajaran seperti pembebasan Baitul Maqdis, penawanan empayar Rome dan kisah perjuangan-perjuangan para sahabat.

Semoga apa jua yang disampaikan mampu membangkitkan semangat golongan muda dalam menjadi pelapis generasi yang cemerlang.InsyaAllah..


"MEMBINA GENERASI PENGGERAK UMMAH"

Matlamat : Ke arah UNITEN = Universiti Islam Tenaga Nasional..InsyaAllah
2 Responses
  1. salam ziarah..
    semoga hamasah dan semangat juang al-fateh tersemat di dadamu...
    ~farid, USIM. :)


  2. puterakuda Says:

    salam alaik..
    terima kasih sudi lawat blog ana..

    semoga semangat AL-Fateh mampu berkembang ke seluruh jiwa belia masa kini..^_^